Bagaimana Ingin Menukar Unit?

Aug 16

Salam semua..

Dalam mata pelajaran Matematik, anda mesti pernah melakukan latihan berkaitan dengan pertukaran unit kan? Kalau diingatkan balik, sejak dari sekolah rendah lagi anda diberi pendedahan tentang pertukaran unit.

Contoh yang mudah adalah untuk menukar dari unit meter kepada kilometer.

Seperti yang kita tahu, 1km = 1000 meter. Jadi, kalau 450 meter = ____ km?

Haa…cepat kira !!

Dah dapat jawapannya? Kalau belum, saya nasihatkan anda buka balik buku Matematik sekolah rendah yer..(^_^)

Kepada yang dapat jawapan 0.45 km, TAHNIAH saya ucapkan.

Ok lah…Hari ni Cikgu bukan nak mengajar tentang pertukaran unit, cuma Cikgu nak berkongsi dengan pelajar-pelajar sekalian satu laman web yang berguna untuk kita terutamanya dalam menukar unit yang lebih kompleks. Contohnya sentimeter kepada kilometer, kilometer kepada inci dan macam-macam lagi.

Selain tu, dalam web tersebut anda boleh mengetahui bagaimana untuk menukar unit berkaitan Luas. Dari meter persegi kepada sentimeter persegi dan sebaliknya.

Dibawah ni contoh paparan bagaimana untuk menukar unit di laman web tersebut.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pertukaran unit, anda boleh masuk ke laman web ini yer :


http://www.onlineconversion.com

 

 

Daripada :

20 comments

  1. Avatar

    kalau 100 batu = berapa meter??????????????????????

    • Avatar
      Cikgu /

      eiycawana_aleisyah97…terima kasih kerana bertanya…saya jawab dengan ringkas di bawah yer..

      1 batu = 1.609344 km
      100 batu = 160.9344 km ….. (1)

      1 km = 1000 m
      160.9344 km = 160934.4 m ….. (2)

      buat perbandingan persamaan (1) dan (2)

      Jadi.. 100 batu = 160.9344 km = 160934.4 m ^_^

  2. Avatar

    Boleh sye tanye ?? cikgu sye ckp boleh menggunakan jadual ‘T’ .. jadi bolehkah kita menggunakan jadual ‘T’ sewaktu peperiksaan UPSR ?

  3. Avatar
    rissa adila /

    kalau 0.9km=………m tolong jawabkan cikgu.

  4. Avatar
    damia /

    cikgu, macam mana nk tukar unit ukuran kaki ke meter persegi?

  5. Avatar
    NUR /

    KALAU NAK TUKAR 33MINIT KE KILOMETER MACAMANE YA???

    • Avatar

      salam Nur..

      Unit tersebut tak sesuai kerana minit adalah masa manakala kilometer adalah jarak.

      Jadi kedua-dua unit tersebut tidak boleh ditukarkan kerana tiada perkaitan.

  6. Avatar

    salam cikgu saya nk tanya bagaimanakah kita nk tukar meter kepada kilometer

    • Avatar

      bagaimana pula nk tukar saat ke meter

      • Avatar

        saat dan meter adalah unit berbeza.

        saat untuk masa
        meter untuk jarak

        jadi kedua2nya tidak boleh ditukar.

    • Avatar

      Nur Farlina..

      1 km = 1000 m

      km kepada m

      km lebih besar daripada meter
      bermaksud kita nak tukar daripada Besar kepada Kecil
      fokus pada B —> K
      dan guna formula Baru Kali
      bermaksud nak tukar km kepada m, anda perlu KALI 1000

      Contoh :

      2 km = ____ m

      2 x 1000 = 2000 m

      begitu juga meter kepada kilometer
      meter lebih kecil daripada kilometer
      Kecil kepada Besar
      K —> B
      guna formula Kena Bahagi
      bermaksud kita kena bahagi 1000 untuk tukar meter kepada kilometer.

      Contoh :

      3500 m = ____ km?

      3500 / 1000 = 3.5 km

      boleh faham setakat ni? 🙂

  7. Avatar

    boleh cikgu terima kasih cikgu

  8. Avatar

    cikgu bagaimna nk pasti nombor itu ialah sa persepuluh perseratus dan perseribu itu sahaja ?????

  9. Avatar
    ali /

    salam cikgu nak tanya 546 kilometer berape liter minyak ye?

Leave a Reply to Cikgu Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge