Cara Untuk Menukar Unit (Persegi)

Jul 01

 

Salam semua,

Hari ini Cikgu ingin berkongsi asas bagaimana untuk menukarkan unit.

Walaupun Cikgu rasa ramai yang dah tahu, tetapi masih ada segelintir pelajar yang masih blur.

Tak mengapa, kita kuasai betul-betul asas penukaran unit terlebih dahulu.
Untuk lebih mudah memahami, Cikgu akan sentuh bab Jarak.

Unit jarak yang biasa digunakan di sekolah adalah :

milimeter (mm)
sentimeter (cm)
meter (m)
kilometer (km)

Secara asasnya,

1 cm = 10 mm
1 m = 100 cm
1 km = 1000 m

Haa..Cikgu tau, yang ni mesti korang dah hafalkan?

Tetapi, bagaimana kalau Cikgu tanya 1 m2 = ____ cm2?

100 cm2? Salah..

Sebelum kita mengira, kita kena tahu apa maksud 1 m2?
Secara umumnya, apabila unit dalam keadaan kuasa 2, unit tersebut memberi maksud luas.

Masih ingat lagi luas?

 

Contoh Luas Segi Empat Sama.

Luas = panjang x lebar
Jika panjang 2 cm dan lebar 2 cm, maka luas adalah 2 cm x 2 cm = 4 cm2

2 x 2 = 4
cm x cm = cm2

Oleh itu, perkaitan dengan 1 m2 adalah :

1 m2 = 1 m x 1 m

Untuk menukarkan 1 m2 kepada cm2, caranya adalah :

1 m2
= 1 m x 1 m
= 100 cm x 100 cm
= 10 000 cm2

Jadi, 1 m2 = 10 000 cm2

Kita cuba yang lain pula, 1 cm2 = _____ mm2?

1 cm2
= 1 cm x 1 cm
= 10 mm x 10 mm
= 100 mm2

Jadi, 1 cm2 = 100 mm2

Bagaimana pula dengan 1 km2 = ____ m2?

1 km2
= 1 km x 1 km
= 1000 m x 1000 m
= 1 000 000 m2

Jadi, 1 km2 = 1 000 000 m2

Daripada pengiraan, kita dapati :

1 cm2 = 100 mm2
1 m2 = 10 000 cm2
1 km2 = 1 000 000 m2

 
Ada pelajar yang bertanya saya, “Cikgu, bagaimana pula kaki persegi dengan meter persegi?”

 

Ok, unit kaki ni memang jarang digunakan. Tetapi masih ada juga golongan yang menggunakannya.

Tetapi takpe, kita masih boleh mengiranya dengan syarat kena tahu perkaitan antara unit kaki dan unit meter.

1 kaki = 0.3048 m

Jadi, kita ulangi cara diatas untuk mencari 1 kaki2.

1 kaki2
= 1 kaki x 1 kaki
= 0.3048 m x 0.3048 m
= 0.092903 m2

Oleh itu, 1 kaki2 = 0.092903 m2

Untuk lebih advance pula, bagaimana kita nak menukar 1 kaki2 = ______ cm2?
Kita ulang langkah yang sama :

1 kaki2
= 1 kaki x 1 kaki
= 0.3048 m x 0.3048 m
= 30.48 cm x 30.48 cm
= 929.03 cm2

 

Bagaimana? Mudah bukan?

Jadi saya harap, dengan perkongsian ini dapat membantu mana-mana pelajar yang masih blur bagaimana untuk menukar unit yang melibatkan kuasa 2 (persegi).

Selamat Mencuba !!

Daripada

7 comments

  1. eza /

    terima kasih cikgu hafiszudin untuk ulasan/tunjuk ajar yang diberikan.saya berharap agar cikgu dapat kongsikan lagi ilmu matematik…:)

    • Terima kasih Eza..

      Saya hanya mampu berkongsi ilmu yang sedikit ini.

      Insyaallah, moga Allah berikan kekuatan untuk saya terus menulis dan berkongsi ilmu yang ada. 🙂

  2. Maria Jomol /

    Terima kasih cikgu Hafiszudin atas tunjuk ajar & perkongsian ini.. idea yg bagus digunapakai utk menerangkan kpd pljr..

    • Sama-sama Puan Maria,

      Semoga dapat dimanfaatkan bersama. Jangan lupa kongsi/share pada rakan-rakan yer.. 🙂

  3. hafizzul /

    cikgu,boleh tak bagi formula untuk tukaran unit bagi lorry cargo?

    mm to kaki
    cm to kaki
    m to kaki

    • Salam Hafizzul..

      Untuk menukar unit, anda perlu tahu formula bagi setiap unit yang anda ingin tukar.

      [mm kepada kaki ]

      1 mm = 0.00328084 kaki

      (anda boleh google untuk mendapatkan nilai sebenar)

      Jika soalan nak 10 mm, maka :

      1 mm x 10
      = 0.00328084 x 10
      = 0.0328084 kaki

      Jika soalan nak 100 mm, maka :

      1 mm x 100
      = 0.00328084 x 100
      = 0.328084 kaki

      hanya perlu gerakkan titik perpuluhan :
      x10 gerak titik perpuluhan ke kanan sekali,
      x100 gerak titik perpuluhan ke kanan 2x

      [cm kepada kaki]

      kita boleh guna formula yang sama:

      1 mm = 0.00328084 kaki

      cuma anda perlu tahu, apa perkaitan antara mm dan cm?

      recall balik !

      1 cm = 10 mm

      maka, formula tadi 1 mm kan? jadi, kita tukar kepada 10 mm

      1 mm = 0.00328084 kaki

      10 mm
      = 1 mm x 10
      = 0.00328084 x 10
      = 0.0328084 kaki

      maka, 1 cm = = 0.0328084 kaki

      Begitu juga dengan m.

      1 m = 100 cm

      untuk mendapatkan nilai 1 m, maka unit cm kena jadi 100 cm.

      macam mana?

      100 cm
      = 1 cm x 100
      = 0.0328084 kaki x 100
      = 3.28084 kaki

      maka, 1 m = 3.28084 kaki

      • hafizzul /

        boleh x cikgu tlg jelaskan untuk perkiraan ini:

        LENGTH 3300MM = BERAPA KAKI?
        HIGH 1650MM = BERAPA KAKI?
        WIDTH 2600MM = BERAPA KAKI?

        TLG CIKGU TUNJUKKAN CONTOH PERKIRAAN DIA,SAYA X BERAPA FAHAM
        TERIMA KASIH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge