Selamat Tahun Baru 2015

Jan 03

 

Salam semua..

Allahuakbar..segala puji bagi Allah. Syukur Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk kita bertemu dengan tahun baru yakni tahun 2015.

Cikgu doakan agar anda semua sihat sejahtera dan mempunyai azam bagi tahun 2015 ini.

Bagi pelajar yang bakal menempuh peperiksaan besar iaitu UPSR, PT3 dan SPM, Cikgu berharap agar anda dapat bersedia lebih awal dan perlengkapkan diri anda dalam menanti hari yang penuh bermakna bagi anda nanti.

Dan tidak lupa juga marilah kita sama-sama perbanyakan selawat ke atas junjungan Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W.

Cikgu rasa sangat bersyukur kerana impian Cikgu selama ini dimakbulkan Allah. Kebetulan, hari ini 3 Jan 2015 merupakan hari lahir Cikgu dan hari ini juga hari kelahiran kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W.

Kepada mereka yang mengucapkan selamat kepada Cikgu,

Terima kasih daun keladi,
Semoga Allah membalas jasa anda nanti.

Sekian dari Cikgu, nantikan lebih banyak latihan yang bakal Cikgu kongsikan bersama anda..

 

 

Daripada

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge