Tips Membeli Buku Latihan

Dec 21

Salam semua…

Hari ini Cikgu ingin berkongsi dengan anda tips untuk membeli buku latihan khususnya dalam mata pelajaran Matematik.

Tips ini hanyalah pandangan peribadi Cikgu berdasarkan pengalaman Cikgu membeli buku latihan di kedai buku untuk kegunaan sendiri dan kegunaan pelajar-pelajar kelas tusyen Cikgu.

Pertama sekali, Cikgu pasti anda mesti pernah tertanya-tanya,

“Nak beli buku yang mana yer?”
“Buku latihan mana yang lebih baik?”

Baiklah, untuk menjawab persoalan tersebut Cikgu bagi dua contoh buku latihan untuk anda.

1. Buku latihan Top Gear, Additional Mathematics, Penerbit: Pelangi (klik untuk paparan)

2. Buku latihan Effective Practice, Additional Mathematics, Penerbit: Oxford Fajar. (klik untuk paparan)

Tajuk : Progressions
Subjek : Add Maths
Tingkatan : 5

 

Sebelum Cikgu mengulas lebih lanjut, pertama sekali..apakah perbezaan antara kedua-dua buku ini?

Kalau anda masih belum dapat kenal pasti perbezaannya, anda sebenarnya masih samar-samar untuk memilih buku latihan. Tak mengapa, mari Cikgu ceritakan serba sedikit perbezaan kedua-dua buku ini.

Pertama : Penerbit Buku

Penerbit Buku merupakan salah satu faktor penting dalam pemilihan buku latihan. Antara penerbit buku yang menjadi pilihan Cikgu adalah Pelangi. Memang dari zaman sekolah lagi Cikgu selalu beli buku latihan dan buku rujukan dari Pelangi. Sebab apa?

Sebab cara penyampaian dan penerangan dalam buku tersebut mudah difahami. Penerbit Pelangi juga sudah lama dalam bidang pendidikan dan mempunyai pengalaman yang luas dalam menerbit buku-buku latihan di pasaran.

TETAPI…

Perlu diingatkan, Penerbit Buku bukanlah FAKTOR UTAMA.

Dalam memilih buku mana yang sesuai untuk anda, anda perlu menilai diri anda sendiri.
Anda ingin beli buku jenis yang bagaimana?
Adakah anda masih diperingkat permulaan?
Adakah anda telah menguasai sesuatu topik dalam Add Maths?

Jika anda perhatikan buku 1 dan buku 2, perbezaan ketara adalah dari segi bentuk soalan dalam buku tersebut.

Jika anda masih baru untuk mempelajari sesuatu topik, saya sarankan anda pilih buku jenis 1.
Sebab apa?

Sebab buku jenis 1 akan membantu anda memahami konsep asas pada peringkat permulaan dalam sesuatu topik.
Sebagai contoh diatas, buku 1 bertanya pada anda ciri-ciri yang perlu ada pada Arithmetic Progression (AP) dan bagaimana ingin mencari term yang lain. Soalan yang dinyatakan lebih mudah dengan diberi contoh sebagai panduan anda.
Jadi, jika anda masih baru dalam sesuatu topik atau ingin mengingat kembali asas dalam sesuatu topik, maka saya sarankan anda membeli buku jenis 1 ini.

Tetapi…bagaimana dengan buku jenis 2?

Buku jenis 2 sangat sesuai digunakan SETELAH anda menguasai sesuatu topik. Dengan kata lain, buku 2 digunakan diakhir pembelajaran sesuatu topik.

Buku jenis 2 ini kebiasaanya berbentuk soalan ringkas dan padat.
Bagi anda yang telah menguasai sesuatu topik atau ingin menguji sejauh mana kefahaman anda dalam sesuatu topik, anda boleh cuba buku jenis ini.

Apabila anda baca sepintas lalu, anda akan terbayang soalan ini nak tanya apa? Subtopik apa? Apa formula yang terlibat?

Lihat? Nampak perbezaannyakan?
Jika anda diperingkat permulaan dalam sesuatu topik, Cikgu yakin anda akan blur dengan soalan yang ditanya. Anda pasti akan bermonolog;

“Soalan ni nak apa?”
“Apa formula nak guna?”

Jika Ya, maka anda harus sedar, anda sebenarnya masih diperingkat permulaan atau masih belum cukup menguasai sesuatu topik tersebut.

Jadi persoalannya, BUKU MANA YANG ANDA HARUS BELI?

Jawapan dari saya : BELI KEDUA-DUA JENIS BUKU TERSEBUT.

Tetapi, UTAMAKAN dahulu buku jenis 1. Jika anda berkemampuan, boleh beli kedua-dua jenis buku yang saya nyatakan tadi. Kuasai betul-betul asas dalam buku 1 dan kemudian, uji kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan yang ada dalam buku jenis 2.

Nasihat saya kepada ibubapa. Saya sebenarnya seronok melihat ibubapa yang sanggup ke kedai buku untuk membeli buku latihan untuk anak-anak mereka. Sampai satu ketika, saya pernah terlihat sepasang ibu dan anak yang konfius nak beli buku.

Ibu : Adik, nak beli buku yang mana ni?
Anak : Tak kisahlah ibu, mana-mana pun boleh.

Maka si Ibu pun mulalah meraba-meraba mencari buku latihan untuk anaknya. Dipilih sahaja buku latihan dek kerana cover page buku tersebut yang cantik !

Saya tersenyum keseorangan.. 🙂

Kesian ibu tersebut..

Kepada ibubapa diluar sana, saya berharap tips saya ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk memilih buku yang terbaik untuk anak anda.

Jangan anda terkejut jika buku latihan yang anda beli, MEREKA TAK BUAT !!
Bukan kerana mereka malas, TETAPI…MEREKA MEMANG TAK TAHU NAK BUAT.

Kesilapan utama ibubapa adalah anda membeli buku jenis 2 untuk anak anda. Utamakan dahulu buku jenis 1 dan anda pantau latihan yang anak anda lakukan. Jika mereka telah menjawab 80% latihan dalam sesuatu topik, barulah anda belikan buku jenis 2 dan uji sekali lagi kefahaman mereka tentang topik tersebut.

Sekian dari saya..

Jika ada apa-apa persoalan, jangan segan silu komen diruangan bawah yer..

 

Daripada

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge