Bearing [V1]

Apr 17

Salam semua..

Hari ini Cikgu ingin berkongsi dengan anda tajuk Bearing bagi tingkatan 5. Apabila disebut tentang bearing, apa yang terlintas dalam fikiran anda?

Bearing…Bearing…Haa..Kompas Cikgu..

Yup..bagus-bagus..maknanya kamu dah biasa dengan penggunaan kompas semasa perkhemahan di sekolah kan? Nasib baik kamu tak jawab bearing motor..Penat saya nak explain nanti.. ^_^

Secara asasnya, kamu kena tahu bearing yang digunakan dalam kompas ada ukurannya tersendiri. Bagi kompas biasa, unit yang biasa digunakan adalah dalam unit darjah (degree). 1 bulatan ada berapa darjah?

360 darjah Cikgu..

Bagus..itu adalah basic dalam kompas biasa. Dalam kompas tentera yang saya belajar dahulu,  1 bulatan terdiri daripada 6400 mill. Haa..banyakkan? sebab tu dalam kompas tentera lebih terperinci..1 darjah = 17.777 mill. Dengan kata lain, dalam 1 darjah boleh dipecahkan kepada 17 bahagian !!

Err…tak faham la cikgu..

Hehe..takpe-takpe, saje je nak bagi info tambahan pada kamu. Terkenang zaman kadet di UPSI dulu-dulu. Seronok guna kompas tentera sebab boleh digunakan pada waktu malam..Siap ada garisan glow in the dark dalam kompas.. ^_^

Ok..back to our topic..

Selain daripada unit darjah, anda juga perlu tahu arah kompas iaitu Utara(North), Selatan(South), Timur(East) dan Barat (West). Empat mata angin ini sangat penting untuk anda mengetahui di mana anda berada dan di mana arah untuk dituju.

Sebagai contoh :

Anda berada di tengah-tengah jalan,anda akan dapati bahawa :

lokasia) dihadapan anda iaitu arah utara (N) ialah sebuah stadium.
b) disebelah kanan anda iaitu arah timur (E) ialah sebuah kilang.
c) dibelakang anda iaitu arah selatan (S) ialah sebuah jambatan.
d) disebelah kiri anda iaitu arah barat (W) ialah sebuah sekolah.

Daripada 4 arah kompas tersebut, anda juga boleh menambah arah kompas tambahan seperti timur laut (north-east), tenggara (south-east), barat daya (south-west) dan barat laut (north-west). Boleh rujuk gambar rajah dibawah untuk penjelasan yer :

mata angin tambahan

Yang ketiga, anda perlu tahu bahawa unit darjah yang Cikgu maklumkan tadi bermula daripada arah utara dan mengikut arah pusingan jam. Ini bermakna arah :

– utara              = 0 darjah,
– timur laut     = 45 darjah
– timur              = 90 darjah
– tenggara        = 135 darjah
– selatan           = 180 darjah
– barat daya    = 225 darjah
– barat               = 270 darjah
– barat laut      = 315 darjah

Oleh kerana 1 bulatan adalah 360 darjah, maka arah utara mempunyai 2 sudut iaitu 0 darjah dan 360 darjah. Kedua-duanya membawa makna yang sama.

Jelas setakat ni?

Jelas-jelas..Cikgu, apa soalan yang selalu ditanya dalam bab bearing?

Soalan? Biasanya soalan akan beri kamu 2 atau 3 lokasi. Dan tugas kamu adalah untuk mencari berapa darjah dari 1 lokasi ke 1 lokasi..Tapi sebelum saya cerita lebih lanjut, anda perlu tahu perkara yang ke 4 iaitu penulisan darjah. Sebagai contoh, kita rujuk semula gambar rajah lokasi anda ditengah-tengah jalan raya.

lokasi

Berdasarkan gambar rajah diatas, kita ketahui bahawa disebelah kanan anda iaitu arah timur (E) ialah sebuah kilang. Dari lokasi anda, arah sebelah timur adalah 90 darjah. Oleh itu, cara penulisan bagi 90 darjah adalah 090 darjah. Cara penulisan haruslah mempunyai 3 digit. Jikalau sudut yang diberikan hanyalah 2 digit (contoh 90 darjah), maka anda perlu menambah nombor  0 dihadapannya menjadi 090 darjah.

Owh..saya dah faham Cikgu. Jika nombor tersebut ada 3 digit seperti 180 darjah, maka kekalkan 3 digit la kan Cikgu? Iaitu 180 darjah.

Yup..betul tu. Hanya nombor yang melibatkan 2 digit sahaja yang perlu ditambah dengan nombor 0 dihadapan. Perkara yang ke 5 pula ialah kamu kena ingat kembali tajuk lines and angles semasa tingkatan 3. Masih ingat lagi?

Err..tajuk lines and angles?..saya dah lupa la Cikgu..

Adeiyh..baru setahun lebih tinggalkan PMR dah lupa?
Cuba lihat gambar rajah dibawah ni..

jenis angle

Pernah tengok kan? Ingat lagi?

Owh..yang ini, ingat-ingat..sudut pertama tu umpama huruf F, yang kedua huruf Z dan yang ketiga huruf U. Huruf F dan Z mempunyai konsep yang sama dimana x=y manakala huruf U pula adalah sudut dalaman iaitu x+y=180 darjah.

Haa..pandai pun. Jadi dalam ketiga-tiga jenis sudut ini, saya mahu kamu fokuskan pada jenis sudut yang kedua iaitu alternate angle. Dalam tajuk bearing, kita banyak menggunakan konsep alternate angle untuk menyelesaikan masalah.

Ok Cikgu, saya dah faham..nanti saya apply alternate angle dalam soalan yang Cikgu bagi yer.

Ok..tang soalan tu tunggu dulu. Ada 1 lagi asas yang kamu perlu tahu.

Ada lagi Cikgu? Jadi ini perkara yang ke 6 la kan Cikgu?

Yup…perkara yang ke 6 adalah berkaitan dengan sudut dalaman segitiga. Setiap segitiga mempunyai sudut dalaman iaitu  180 darjah. Bagilah apa bentuk segitiga sekali pun, sama sisi, sama kaki, tak sama kaki..apabila kamu tambah kesemua sudut dalamannnya akan membawa jumlah yang sama iaitu 180 darjah.

Ok Cikgu, maknanya kat sini Cikgu dah sentuh 6 perkara la kan? Jap saya senaraikan ye Cikgu..

1) Unit bearing adalah dalam unit darjah. 1 bulatan mempunyai 360 darjah.
2) Terdapat 4 arah utama kompas iaitu Utara(North), Selatan(South), Timur(East) dan Barat(West). 4 lagi arah tambahan kompas adalah timur laut (north-east), tenggara (south-east), barat daya (south-west) dan barat laut (north-west).
3) Unit darjah bermula dari arah utara (0 darjah) dan berpusing mengikut arah jam.
4) Penulisan unit darjah mestilah dalam bentuk 3 digit. Contoh 45 darjah ditulis sebagai 045 darjah.
5) Fokus pada jenis sudut alternate angle.
6) Sudut dalaman segitiga adalah 180 darjah.

Haa..bagus kamu nie. Jadi, sekarang ni baru kita cuba menjawab soalan berdasarkan 6 perkara di atas.

Soalan 1

latihan 1

Berdasarkan gambar diatas, soalan ingin anda mencari sudut P daripada Q.

INGAT !!

Anda perlu fokus pada perkataan DARIPADA (FROM)..

Perkataan DARIPADA (FROM) bermaksud DISITU lah anda berada. Anda kena imaginasi bahawa anda berada di Q dan menghadap ke utara. Anda mendapati kedudukan P berada disebelah hadapan kanan sikit daripada anda dan secara logiknya kedudukan P tidak sampai ke arah timur yakni kurang daripada 90 darjah. Jadi, kesimpulannya sudut antara anda ke kedudukan P adalah 065 darjah.

Soalan 2

latihan 2

Ingat, anda berada dikedudukan Q (menghadap ke utara) dan ingin mencari kedudukan P. Secara logiknya, kedudukan P berada disebelah kanan belakang anda. Melebihi daripada arah timur (90 darjah) dan kurang daripada arah selatan (180 darjah) :

timur(90 darjah) < P < selatan (180 darjah)

Jadi, sudut kedudukan P mestilah diantara 90 darjah hingga 180 darjah. Berdasarkan gambar rajah tersebut, kedudukan P adalah 120 darjah.

Macam mana? senang kan?

Senang cikgu, ada contoh soalan lain tak cikgu?

Ada..cuba jawab semua soalan nie.. ^_^

Soalan 3

latihan 3

Dah jawab? Cuba bandingkan dengan jawapan saya :

1. a) 065 darjah   b) 090 darjah
2. a) 140 darjah   b) 180 darjah
3. a) 242 darjah   b) 270 darjah
4. a) 300 darjah   b) 290 darjah

Betul semua? Kalau ada salah, tolong check semula yer..

Saya dah jawab cikgu..semua jawapan saya betul..

Alhamdulillah..maknanya kamu dah faham peringkat pertama dalam bab bearing ini.

Peringkat pertama? Apa pula peringkat kedua cikgu?

Peringkat kedua adalah perkaitan 2 kedudukan dengan jenis alternate angle.

Contohnya :

latihan 4

Cuba kamu perhatikan contoh diatas. Soalan bertanyakan kedudukan P DARIPADA Q.

Ingat !!

Anda berada di Q (pandang ke hadapan yakni arah utara), bearing yang diberi adalah 085 darjah dikedudukan P. Jadi persoalannya,  macam mana anda ingin mencari bearing dari kedudukan anda (Q) ke arah P?

Disinilah gunanya konsep alternate angle. Alternate angle bermaksud sudut bersilang yakni sudut x = sudut y.

Anggap sudut x (pada kedudukan P)= 085 darjah, maka sudut y (pada kedudukan Q) juga adalah 085 darjah.

Kesimpulannya, sudut dari kedudukan anda (Q) ke arah kedudukan P juga adalah 085 darjah.

Boleh faham?

Nak tahu lebih lanjut, sila cuba jawab soalan dibawah yer.. ^_^

Soalan 4

latihan 5

Jawapan soalan diatas adalah 040 darjah.

Seterusnya, saya bagi contoh soalan mudah untuk anda.

latihan 6

Seperti biasa, cari kedudukan P DARIPADA Q.

Anda berada di Q, tetapi sudut yang diberi berada di P iaitu 060 darjah. Bagaimana kamu ingin mencari sudut dari kedudukan kamu (Q) ke kedudukan P?

Dengan menggunakan konsep alternate angle,

sudut x = sudut y

maka sudut x (060 darjah) = sudut y (060 darjah)

Untuk mencari sudut dari kedudukan anda (Q), anda peru menggunakan konsep GARIS LURUS.

Masih ingat lagi?

Ingat cikgu, dalam 1 garis lurus, sudutnya adalah 180 darjah.

Haa…pandaipun. Jadi, kita ketahui disini dalam 1  garis lurus mempunyai 180 darjah. Sudut yang kita dah tahu adalah 060 darjah. Jadi, apa sudut bersebelahannya?

Penyelesaian :

180 – 60 = 120 darjah.

Kesimpulannya, sudut dari kedudukan kamu (Q) ke kedudukan P adalah 120 darjah.

Boleh faham kan?

Kalau dah faham, cuba download dan jawab soalan dibawah nie yer…

Exercises Bearing 1

=======================================================================================

Untuk mendapatkan jawapannya, sila maklumkan pada saya melalui FB sama ada

di Private Message atau Wall yer.. ^_^ :

https://www.facebook.com/Din3187

=======================================================================================

 

Ok pelajar sekalian, Cikgu berhenti dahulu di sini yer…

Ada lagi sambungan yang akan Cikgu terangkan dalam post akan datang, tetapi disebabkan ada sedikit kesukaran untuk Cikgu terangkan pada kamu, next post Cikgu akan cuba terang pada kamu menggunakan power point yer..

Selamat menuntut ilmu…. ^_^

 

Daripada :

2 comments

  1. Avatar
    Haiyani Hashim /

    Assalamualaikum, cikgu. Saya pelajar ISMP Matematik dan sedang membuat penulisan ilmiah mengenai topik ini – Bearing, Bab 8 Tingkatan 5. Jadi, saya ingin meminta beberapa andangan cikgu terhadap proses pengajaran mengenai topik ini, dan mungkin juga beberapa miskonsepsi (dalam kalangan murid) dan cara cikgu menangani kesalahfahaman tersebut yang sering terjadi dalam proses p&p untuk bab ini.

    • Avatar

      boleh…
      kalau ada apa-apa nak tanya boleh tanya di email saya atau facebook yer..

      email yahoo

Leave a Reply to Cikgu Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge