Tahun 2013 Bersama Kalkulator Grafik TI Nspire CX

Jan 27

2013

 

Salam semua..

Waa..lamanya Cikgu Hafis tak update blog ye?

Hehe..Maaflah student semua, start bulan 11 tahun lepas Cikgu agak sibuk di UPSI. Almaklumlah, pensyarah Cikgu baru dapat projek baru. Then, Cikgu kenalah bantu beliau di sana. Terpaksa ulang-alik Seremban-Tg. Malim.

Sekarang nie Cikgu dan pensyarah Cikgu sedang giat untuk kembangkan ilmu tentang kalkulator grafik. Pernah dengar tak? Bukan kalkulator yang anda semua guna di sekolah tu. Itu kalkulator saintifik. Yang Cikgu maksudkan adalah kalkulator grafik, siap ada paparan graf dan gambar geometri lagi.

Model yang kami gunakan sekarang adalah model TI Nspire CX. Haa..nak tahu macam mana modelnya, boleh tengok kat bawah ni.

ti1

ti2

ti3

ti4
Macam mana, cantik tak? Siap ada warna lagi.

Itu belum lagi explore kelebihan yang ada dalam kalkulator tersebut. Siap ada wireless tau…

So far, TI Nspire CX belum lagi diaplikasikan di sekolah. Tapi tak mustahil suatu hari nanti Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan membenarkan TI Nspire CX digunakan di sekolah. Sebab apa? Sebab sekarang nie KPM sedang rancak memperkenalkan HOT.

Apa itu HOT?

HOT adalah Higher Order Thinking.

Rata-rata soalan yang ada sekarang nie belum mencapai tahap tertinggi.

Kalau diikutkan kita nie dah jauh ketinggalan jika nak dibandingkan dengan negara luar. Tengok je negara paling hampir dengan kita iaitu Singapura.

Bulan 9 tahun 2011, saya dan pensyarah saya berpeluang menghadiri NCGC (National Conference Graphing Calculator) di Pulau Pinang. Masa tu kata orang ramai otai tentang kalkulator grafik datang ke seminar tersebut. Antara negara yang famous adalah Australia dan Singapura. Saya dan pensyarah saya juga sempat menghadiri bengkel TI Nspire CX. Bengkel tersebut dikendalikan oleh orang Singapura. Dahsyatkan? Negara sebelah kita je, tapi dia orang dah lama guna TI Nspire CX di negara mereka. Kita pula baru je nak masuk Malaysia dan masih belum meluas lagi penggunaannya.

Jadi kesimpulannya, TI Nspire CX ini amat sesuai digunakan disekolah lebih-lebih lagi untuk mempelajari soalan HOT.

Saya tahu, mesti akan ada yang cakap :

“Waa..untunglah budak-budak sekolah sekarang. Kalkulator dah canggih. Senanglah nak score ujian.”

Haha..lucu saya mendengar kata-kata tersebut.

Yup, memang benar beruntung pelajar yang menggunakan TI Nspire CX ini. Tapi kena ingat, seperti yang saya kata tadi, soalan sekarang belum mencapai tahap HOT. Jadi, apabila penggunaan kalkulator grafik TI Nspire CX dibenarkan disekolah, banyak perubahan perlu dibuat bermula dari kurikulum, silibus, ujian dan pentaksiran. Semuanya saling berkait. Dan yang pasti, soalannya mestilah lebih mencabar..

Kita kena ingat, sistem pembelajaran kita masih jauh ketinggalan. Kita perlu ada satu standart dimana soalan Matematik (contohnya) adalah soalan yang diiktiraf oleh negara luar. Bukan lagi ditahap SPM atau lebih dikenali dengan O level. Pelajar sekarang dah pandai-pandai, cepat belajar dan mampu berdaya saing. Jadi, kita perlu lakukan anjakan paradigma supaya mentaliti yang ada sekarang perlu diluar kotak. Tak mustahil suatu hari nanti, pelajar tingkatan 3 akan belajar level SPM/O level dan pelajar tingkatan 5 akan belajar A level. Kalau inilah yang akan berlaku suatu hari nanti, saya yakin lebih ramai pelajar yang akan cepat menghabiskan pelajaran, cepat dapat keje, cepat untuk menimba ilmu ditahap yang lebih tinggi dan cepatlah negara kita melahirkan cendiakawan yang bijak-bijak belaka.

Waahh..dah banyak saya berceloteh nie. Apa-apa pun, kepada peminat setia Blog Iluvmaths.Com, nantikan post saya seterusnya ye.

 

 

Daripada :

One comment

  1. bawal /

    sy ingat nk ambil spmu paper mate,baru terfikir nak ambil.tapi sy tak suke mate,macam mane ni cikgu,nak study ape entah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge