Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM
Nov 13
Salam semua..
Akhirnya, tibalah masa yang dinanti-nantikan…
Kepada calon SPM yang akan mula berjuang esok hari, bagaimana dengan persiapan anda?
Sudahkah anda menyediakan segala dokumen dan alat tulis yang diperlukan?
Wah-wah..kamu semua yang nak periksa, tapi Cikgu pulak yang rasa berdebar.. 🙂
Hopefully, Cikgu harap anda telah membuat persediaan secukupnya dari segi mental dan fizikal.
Dibawah ini Cikgu kongsikan serba sedikit pengalaman Cikgu semasa menghadapi saat-saat yang mendebarkan pada hari pertama peperiksaan.
Malam sebelum peperiksaan :
1. Pastikan segala keperluan seperti kad pengenalan dan alat tulis anda telah disediakan seawal mungkin.
2. Gosok baju, seluar, tali leher dan kilatkan kasut ( jika kasut berwarna hitam ). Sediakan semuanya ditempat yang anda mudah lihat.
3. Lakukan solat taubat dan solat hajat sebelum tidur. Mohonlah pada Allah SWT supaya ditetapkan hati dan tidak berasa gemuruh dalam menghadapi peperiksaan bermula hari esok.
4. Mohon maaf pada kenalan anda (sekirannya belum) agar tiada rasa persengketaan dalam hati.
5. Makan secukupnya ( jangan terlalu kenyang supaya tidak memudaratkan diri pada keesokan hari)
6. Tidur awal supaya badan dapat rehat secukupnya dan segar apabila bangun.
Hari Peperiksaan :
1. Bangun setengah jam lebih awal sebelum masuk waktu Subuh. Lakukan solat sunat taubat, solat sunat tahajjud, dan solat sunat hajat. Kalau ada masa, bacalah Al Quran agar hati anda tenang dipagi hari. 🙂
2. Pastikan anda sarapan dipagi hari. Ini bagi memastikan anda mempunyai tenaga secukupnya. Cukup sekadar mengalas perut dan tidak perlu makan makanan yang berat-berat.
3. Persiapkan diri anda. Buat double check agar tiada barang-barang penting yang tertinggal. Seeloknya bawalah sebotol air kosong (mineral) untuk dibawa ke dalam dewan peperiksaan.
4. Bersalam dengan rakan-rakan anda dan ucapkan selamat serta kata-kata peransang. Elakkan berborak panjang supaya menjaga segala apa yang telah anda ingat sebelum ni.
5. Lihat sepintas lalu nota-nota yang telah anda baca selama ini.
6. Mulakan dengan kaki kanan apabila ingin melangkah ke dalam dewan peperiksaan dan bacalah selawat 3x.
7. Duduk dengan baik ditempat anda (sebaik-baiknya tarik kerusi dan masuk mengikut dari arah kanan).
8. Tulis segala maklumat diri anda pada kertas peperiksaan. Periksa semula poket anda kot-kot terbawa nota (nanti tak pasal-pasal kena tuduh meniru)
9. Masa ketua pemeriksa tengah cakap kat depan, banyakkan selawat dan berdoalah pada Allah SWT. Elakkan berbual dengan kawan masa ini !!
10. Mulakan dengan Bismillah apabila ingin menjawab soalan. 🙂
Waktu rehat tengah hari :
1. Makan tengah hari secukupnya (elakkan makan sehingga kenyang, hanya sekadar mengalas perut sahaja). Ini bagi mengelakkan anda rasa mengantuk untuk menjawab kertas peperiksaan pada waktu petang.
2. Sentiasa berdoa pada Allah SWT selepas solat Zuhur.
3. Gunakan masa yang ada untuk membaca nota untuk peperiksaan seterusnya. Elakkan berbincang dengan kawan tentang soalan yang telah dilakukan tadi.
Selesai peperiksaan :
1. Ucapkanlah Alhamdulillah kerana anda telah mengharungi cabaran pada hari pertama.
2. Berdoalah pada Allah SWT agar apa yang anda telah buat itu adalah yang terbaik. Sentiasa berperansangka baik dan bertawakkallah sungguhpun anda menghadapi soalan yang mencabar. 🙂
3. Mandi dan rehatlah dalam masa yang ada supaya tekanan semasa peperiksaan tadi berkurangan.
4. Mulakan membaca nota dan membuat quick exercise untuk subjek yang akan datang.
5. Teruskan dengan solat hajat anda di malam hari (ingat..jangan sombong dengan Allah !! Ramai pelajar yang hanya melakukan solat hajat sebelum hari pertama peperiksaan sahaja )
Baiklah..
Cikgu rasa cukuplah beberapa tips ringkas diatas. Cikgu yakin, majoriti daripada anda pasti melakukan perkara yang sama seperti yang Cikgu buatkan?
Jika anda ada lagi tips tambahan, alhamdulillah..anda seorang pelajar yang rajin dan berwibawa. 🙂
Cikgu harap anda sentiasa menjaga hati dan pemikiran anda sebaik-baiknya. Elakkan daripada perkara yang sia-sia dan boleh menyebabkan anda lupa disaat akhir.
Lastly, Cikgu doakan yang terbaik buat anda dan sentiasa menghalalkan segala ilmu yang telah Cikgu curahkan selama ini.
Ingatlah, Jika anda ingin menjadi Pelajar Cemerlang, Anda harus berfikir sebagai seorang Pelajar Cemerlang.
Setiap orang akan menghasilkan aura disekelilingnya. Oleh itu, elakkanlah aura negatif daripada bermaharajalela disekeliling anda.. ^__^
Daripada :
SALAM CIKGU………. saya takut nak hadapi ppriksaan…….
w’salam HAMBA ALLAH..
boleh saya tahu kamu tingkatan berapa?
untuk menghadapi peperiksaan matematik, kamu tak perlu takut sebenarnya.
yang penting kamu bersedia..lengkapkan diri kamu dengan segala latihan yang telah kamu pelajari selama ini.
perasaan takut wujud disebabkan kamu tak bersedia dan risau apa yang bakal ditanya kamu tak dapat dijawab.
so, untuk langkah selamat..banyakkan latihan dan selalu rujuk contoh soalan..biasakan dengan bentuk soalan yang sering ditanya dalam peperiksaan yer… ^_^