Lines And Planes In 3-Dimension

Jun 20

Salam semua..

Hari nie Cikgu nak terangkan beberapa tips mudah untuk menjawab soalan dalam Topik Lines And Planes In 3-Dimension.

Bagi menjawab soalan di dalam tajuk ini, perkara yang penting untuk pelajar lakukan adalah pelajar perlu :

  • Mengenalpasti terlebih dahulu sudut di antara garis dan satah ataupun satah dan satah.
  • Kemudian, pelajar perlu mengira sudut antara garis dan satah ataupun satah dan satah yang telah dikenalpasti sebelum tadi.

Berdasarkan penerangan di atas, Cikgu akan menerangkan bagaimana cara mudah untuk mengenalpasti sudut.

Kita lihat kepada contoh yang pertama untuk garis dan satah terlebih dahulu:

1) Namakan sudut antara garis CE dan satah EFGH

Langkah 1

Susunkan garis dan satah dalam dua baris

C  E

E  F  G  H

Langkah 2

Lukiskan tiga kotak.

 

Langkah 3

Potong huruf yang sama yang ada pada kedua-dua baris

E

E F  G  H

 

Langkah 4

Kemudian huruf yang tinggal pada baris pertama diletakkan pada kotak yang pertama dan huruf yang dipotong akan diletakkan di kotak yang tengah

 

Langkah 5

Bagi kotak yang terakhir, kita akan menggunakan kaedah mencari jarak yang paling dekat dengan huruf didalam kotak yang pertama bagi setiap huruf yang tinggal.

Antara jarak C ke F , C ke G atau C ke H yang manakah adalah jarak yang paling dekat berdasarkan rajah?

Kita boleh lihat bahawa jarak C ke G adalah yang paling dekat kan? Oleh itu, sudut antara garis CE dan satah EFGH ialah:


Macam mana? senang kan?

Kalau anda masih tidak faham penerangan saya di atas, jangan segan silu bertanya yer… :)

 

 

 

 

 

Daripada :

16 comments

  1. Farah /

    Terima kasih Cikgu..

    Saya selalu blur dengan tajuk ni..tapi lepas baca penerangan ringkas dari cikgu, saya dah mula faham. Senang je rupanya..hehe…

    Apa2 pun, thankz ye cikgu…

    • cikgu /

      Sama2 farah..

      Baguslah kalau kamu mudah faham, nanti boleh ajar pada rakan2 kan? :-)

  2. alia /

    mudah untuk difahami..saya mmg kurang faham tjuk ni tapi insya Allah lpas ni sya dah blh jawab..tq cikgu

    • cikgu /

      sama2 alia…. :-)

      banyakkan latihan supaya lebih mudah faham yer…

  3. ni Zah /

    Macam mana nak solve angle di antara dua satah?……ada tips?…masih blur

    • Cikgu /

      Biasanya untuk menyelesaikan masalah sudut antara 2 satah adalah dengan menggunakan kaedah Pythagoras’ Theorem..

      Insyaallah..ada masa nanti saya explain detail yer….(^_^)

  4. wanselama /

    ckgu…mmg terbaik..bru sya phm..trima ksih ckgu..klau bleh ckgu lngkpkn smua nota tingktn 4 beserta latihn

  5. farah /

    Alhamdulillah… senang nak paham gune cara cg nie.. terima kasih bnyak2 cg… seblum ni mmg sy tak suka nak jwb soalan ni.. dgn bantuan cg.. sy mudah nak faham… tqvm cg.. .

    • Syukran…semoga bermanfaat untuk anda yer..jangan lupa share pada kawan2.. :)

  6. cikgu terima kasih sbb akhirnya saya sudah faham…..mohon share untuk rakan2 di sekolah….

    • Sama-sama aiman..

      Alhamdulillah..boleh, silakan share pada rakan-rakan yer.

      • Nasir /

        Alhamdulillah, saya dah faham tentang tajuk ini. Terima kasih cikgu Hafizuddin

      • Nasir /

        Assalamualaikum w.w;
        Cikgu;
        Ada tak kat cikgu soalan2 exam khas form 4 aje, sama ada exam mid atau last. Kalau ada cikgu, tolong send kat email saya nazar2275@gmail.com. Terima kasih cikgu

        • W’sam Nasir,

          Setakat ni belum ada lagi soalan khusus untuk tingkatan 4.

          Walau bagaimanapun, saya akan cuba penuhi permintaan anda. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge