Asas Nombor [V1]

Jan 25

Salam semua..

Hari ini fokus Cikgu adalah topik Asas Nombor (Number Bases). Tajuk ini adalah tajuk pertama bagi Tingkatan 5. Haa..kalau ada sesiapa yang selain tingkatan 5, boleh je nak belajar. Tak susah mana pun.. ^__^

Secara umumnya, ada perlu tahu bahawa dalam dunia ini ada banyak jenis Asas Nombor. Kebiasaannya kita hanya didedahkan kepada asas nombor 10.

Apa asas nombor 10 tu Cikgu?

Asas nombor 10? Ala…yang korang belajar sejak tadika tu…

0,1,2,3,4,5,6,7,8,9 …

Atau dalam bahasa inggeris dipanggil one, two, three, four, five, six, seven, eight, nine …

bermaksud infiniti. Maknanya nombor tersebut tiada penghujung. So, dalam perbincangan kita pada hari ini, takkan la saya nak senaraikan semua nombor kan? Nanti sampai esok kita asyik belajar mengira jer… 🙂

Ok, back to our point..

Dalam topik Asas Nombor(Number Bases) nie, korang akan didedahkan kepada 4 jenis asas nombor iaitu :

Base 2 (B2)
Base 5 (B5)
Base 8 (B8)
Base 10 (B10)

Cikgu lebih suka menggunakan B2, B5, B8 dan B10 sebagai mewakili setiap base tersebut (dalam exam nanti korang jangan guna B2, B5, B8 dan B10 tau. Ini untuk rujukan jer.. )

Cikgu..saya ada 1 soalan. Kenapa tak de Base 3, Base 4, Base 6, Base 7 dan Base 9?

Adeiyh..soalan awak nie pun boleh tahan !

Ok, sebab apa tak ada semua base yang awak tanya tu kan? Sebab eh..tak nak bagi korang pening-pening kepala. 4 jenis base nie pun korang boleh pening, inikan pula nak belajar Base 2 – Base 10. Sabar yer..Tak salah nak belajar semua, tapi korang perlu faham betul-betul konsep asas nombor nie. Apabila dah faham, mudah la korang nak cari Base 3, Base 4, Base 6, Base 7 dan Base 9.    ^__^

BASE 2.

Secara amnya, dalam Base 2 (B2) terdiri daripada nombor 0 dan 1. Tiada nombor 2 dalam B2.

Cikgu, kalau tiada nombor 2, nombor apa selepas 0 dan 1?

Haa..Cikgu suka soalan tu. Selepas nombor 0 dan 1, kamu perlu tulis nombor 10. Ingat semula masa kamu belajar Whole Number semasa darjah 4-6 dulu. Ingat lagi nilai tempat sa, puluh, ratus, ribu dan sebagainya?

Macam tu jugaklah dengan konsep B2. Dalam nilai tempat sa, hanya boleh diisi dengan nombor 0 dan 1. Selepas itu, nilai tempat puluh perlu dibuka dan akan diisi dengan 1 dan nilai tempat sa akan diisi dengan 0 untuk menjadikannya nombor 10. Nak lebih faham, korang rujuk dibawah yer..

0
1
10
11

Selepas nombor 10, korang perasan tak nilai sa boleh diisi dengan nombor 1? Sebab apa nombor 1?

Sebab selepas nombor 0 adalah nombor 1. Maka, nombor dalam nilai tempat sa akan menjadi 1 dan nombor dalam nilai tempat puluh masih kekal 1 menjadikannya nombor 11.

Seterusnya..apa nombor selepas 11?

Check balik nilai tempat sa dan puluh. Anda akan dapati kedua-duanya telah mencapai limit iaitu 1. Jadi, nilai ratus perlu dibuka dan diisi dengan nombor 1. Manakala nilai tempat sa dan puluh akan menjadi 0.

0
1
10
11
100

Kemudian, apa nombor selepas 100?

Penuhkan dahulu nilai tempat bagi sa dan puluh dan ianya akan menjadi seperti :

0
1
10
11
100
101
110
111

Haa..macam mana? Dah faham konsep macam mana nak letakkan nombor dalam asas 2 (B2)?

Apa yang penting, jika diminta asas nombor 2. Maka, TIADA nombor 2 dalam senarai nombor tersebut.

Soalan saya..cuba korang senaraikan pula nombor dalam Base 8 (B8).

Ok, cikgu. Saya cuba yer.

0
1
2
3
4
5
6
7
10
11
12
13
14
15
16
17
20

Macam mana cikgu, betul tak saya buat?

Errmm…kenapa selepas nombor 7 awak tulis nombor 10? Mana nombor 8?

Owh..senang je cikgu. Macam cikgu cakap tadi, kalau dia minta asas nombor x? Maka, nombor x tersebut tiada dalam senarai. Bagi soalan cikgu tadi, cikgu minta saya senaraikan asas nombor bagi 8. Maka, dalam senarai asas nombor 8 tiadalah nombor 8 dan diisi dengan nombor 10 sebab nilai tempat bagi sa dah penuh antara 0-7 dan nilai tempat bagi puluh perlu diisi dengan 1.

Waahh..bagus penerangan kamu. So, if i want the number base of 5. Can you list it?

Of course I can Sir.. ^__^

0
1
2
3
4
10
11
12
13
14
20
21
22
23
24
30

Ok..bagus-bagus. Nampaknya kamu dah faham konsep pernomboran dalam asas nombor. Tak kira la dia nak minta asas berapa sekali pun, yang penting kamu kena faham konsep dalam pernomboran asas nombor.

So, hari ni saya hanya ceritakan konsep pernomboran dalam asas nombor yer.

Insyaallah, next post saya akan ceritakan lebih detail tentang asas nombor nie.

Jangan lupa sentiasa tengok blog ILuvMaths.Com … ^___^

 

 

 

Daripada :

27 comments

  1. Akmalfaisal999 /

    terbaik la cikgu memang 100% faham untuk first step >_<

    • Cikgu /

      alhamdulillah..semoga ianya bermanfaat buat kamu… (^_^)

  2. Alhamdulillah, mudah difahami dan boleh dijadikan rujukan. terima kasih ^_^
    eirah recently posted..Asas Nombor [V1]My Profile

    • Cikgu /

      Sama2 eirah…rajin2 datang ke blog ini yer.. ^_^

  3. wan /

    terbaik boss..aku selalu skodeng web hg..:)

  4. Danial /

    Cikgu No Asas 2 Kan Nombor 200 Masuk Ke?

    • tak masuk..selepas 10,11,100,101,111 kemudian 1000. Tiada no 2 dalam asas 2..

  5. Shira syahira /

    Boleh saya belajar asa nombor 8?

  6. nak tanya cam mana nak buat soalan 3 digit dalam asas 431 asas 5

    • Terima kasih Khalida kerana bertanya.

      Saya masih kurang jelas dengan soalan anda. Adakah anda bermaksud 431 (asas 10) ditukarkan kepada asas 5?

      Kalau itu maksud soalan anda, anda hanya perlu menggunakan kaedah pembahagian berulang.

      Sekiranya anda ingin jawapan dalam asas 5, anda harus bahagi 5 (iaitu ruangan sebelah kiri) sehingga dapat jawapan 0. Manakala ruangan sebelah kanan adalah BAKI daripada pembahagian anda.

      BAKI inilah jawapan dalam bentuk asas 5.

      Lihat contoh dibawah ye..

      B5 to B10

  7. ah /

    ade x jln pnyelesaian gune kalkulator utk no base ni ??

  8. adi /

    salam cikgu. boleh tak sertakan penerangan tentang operasi tambah dan tolak asas 2. tq

  9. suhaila /

    salam cikgu.saya pelajar mgulang ambil peperiksaan spm.cam mana nak mudah jawab sbb dah lama tinggal.( 22 Th )

    • w’salam Suhaila.

      Salah satu cara untuk mudah menjawab soalan SPM adalah dengan melihat dan membuat ulangkaji soalan2 SPM tahun lepas. Biasakan diri dengan format SPM. Anda akan perasan bahawa bentuk soalan SPM setiap tahun adalah hampir sama, cuma berubah dari segi struktur ayat dan juga nombor.

      Banyakkan latihan yer. Kalau ada soalan yang tak faham, boleh maklumkan pada saya.

  10. terbaiklah blog cikgu ni. cara penulisan yang ringkas tetapi penuh dengan makna. ada tak soalan2 yang menguji minda seperti IQ maths
    ramadhan recently posted..Mati itu pastiMy Profile

    • Terima kasih Ramadhan Abdulllah..

      Sedap nama tu.. 😀
      Setakat ni belum ada lagi, saya hanya menyentuh topik2 yang berkaitan dengan silibus sekolah.
      Terima kasih atas cadangan. Insyaallah akan datang saya cuba masukkan yer..

  11. Ruby /

    Salam, cikgu.. Nak tanya.. dalam B8 kenapa takde nombor 9?

    • Waalaikumsalam Ruby,

      Ya betul…Base 8 (B8) tiada nombor 9.
      Hanya ada 0 hingga 7 sahaja..
      Selepas 7 terus upgrade kepada nombor puluh iaitu 10,11,12,13,14,15,16,17,20,…

  12. Su Chin /

    bagus sangat.
    Boleh saya share nota2 ni untuk pelajar saya x?

  13. AZIZAH /

    salam.cikgu..sy nk tanya..apa kegunaan kita belajar asas nombor? dan..ada tak asas nombor lain..contoh asas 15? adakah digitnya bermula 0 hingga 14?

  14. risha /

    Cikgu macam mana tukar asas 8 ke asas 10.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge