Tips Belajar Matematik

Jun 03

 

Salam semua..

Hari nie Cikgu ingin berkongsi dengan anda tentang Tips Belajar Matematik.

Seperti mana yang kita sedia maklum, Matematik adalah suatu subjek yang penting. Setiap hari kita mengaplikasikan ilmu matematik. Sewaktu kita berbelanja(membeli belah) kita mengaplikasikan pengetahuan matematik. Apabila kita membuat temu janji, kita akan mengira masa yang ada. Apabila kita melihat harga sesuatu barang, kita membuat perbandingan harga, ilmu matematik turut diaplikasikan. Pendek kata ilmu matematik berkaitan dengan kehidupan seharian.

Namun, apabila kita berada di alam persekolahan, kita mempelajari suatu ilmu matematik, minat tersebut berkurang. Mengapa ini berlaku? Adakah kerana kita gagal subjek matematik, maka kita tidak berminat untuk mempelajarinya? Mengapa GAGAL MATEMATIK ini berlaku?

Salah satu sebab kegagalan matematik adalah TIDAK MEMAHAMI matematik. Terdapat banyak faktor lain, tapi dalam hal ini, kita mengulas tentang tidak memahami matematik. Jika anda tidak memahami matematik, adakah anda bertanya dengan cikgu? atau hanya berdiam diri? Tunggu sehingga ketidak fahaman yang sedikit menjadi ketidak-fahaman yang besar. Adakah anda membuat rujukan atau perbincangan dengan rakan-rakan jika tidak faham mengenai sesuatu konsep matematik yang tidak jelas atau tidak faham? Adakah anda membuat latihan yang diberikan oleh cikgu? adakah anda membuat latihan tambahan? Berapa lama masa yang anda luangkan untuk belajar matematik? Persoalan-persoalan ini mampu memberikan jawapan kepada ketidakfahaman anda terhadap matematik.

Berikut adalah garis panduan (pengalaman sendiri saya) untuk lebih faham mengenai matematik.

1. Memberikan TUMPUAN yang sepenuhnya ketika pengajaran di dalam kelas. Ini kerana otak manusia biasanya dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya sehingga 30 minit yang pertama. Jadi, cuba untuk menggunakan tumpuan ini sebaik-baiknya untuk memahami konsep matematik yang disampaikan oleh cikgu.

2. BERTANYA. Jika anda tidak jelas, atau tidak faham mengenai sesuatu konsep matematik, sila bertanya. Jika terlepas atau tidak faham suatu konsep yang mungkin asas atau mudah, ini mungkin akan menjejaskan kefahaman keseluruhan konsep matematik. Jika malu bertanya di dalam kelas, anda boleh bertanya di luar kelas. Cikgu sentiasa membantu untuk menjelaskan ketidak jelasan anda. Harus diingat, jika kita menyimpan ketidak fahaman anda, lama kelamaan ia akan menjadi ketidak fahaman yang besar dan hal ini mampu membunuh kefahaman anda.

3. BUAT LATIHAN. Seperti sukan, untuk memahirkan diri dengan sesuatu bidang, anda haruslah meluangkan masa, tenaga dan fikiran untuk menguasainya. Jadi LATIHAN adalah aspek yang penting. Dengan latihan, ia akan memberikan pengalaman menyelesaikan bentuk-bentuk soalan. Hal ini memberikan idea dan konsep yang berbeza-beza dalam penyelesaian. Dengan latihan juga, ia menjana pemikiran anda untuk melihat suatu konsep itu pada sudut yang lain. Latihan yang berterusan mampu memberi kemahiran -kemahiran menyelesaikan soalan pada sudut yang berlainan. Disamping itu, otak anda akan membina skema penyelesaian kepada latiha yang dibuat. Pengalaman penyelesaian ini memberikan kefahaman yang lebih dalam lagi. Dengan bertambahnya pengalaman, kemahiran turut dapat digilap dan dimurnikan. Latihan boleh dilakukan dengan belajar sendiri, belajar berkumpulan atau pun secara online. Banyak sumber matematik boleh diperolehi melalui internet. Terdapat juga pembelajaran secara online menerusi internet.

4. Aspek lain adalah, jangan menganggap matematik ini SUSAH. Anggaplah ia sebagai sesuatu yang mencabar dan penting. Tanggapan ini amat mempengaruhi semangat anda untuk mempelajari matematik. Jika tanggapan anda negatif, secara langsung timbul sikap untuk tidak minat, malah yang lebih teruk adalah membenci matematik.

Apabila semua ini telah anda lakukan, jangan lupa memohon berkat daripada Tuhan.

p/s- :

1. Faham( tumpuan dan bertanya)

2. Latihan(peruntukan masa belajar, teknik belajar:berkumpulan,individu dan sebagainya).

Selamat mempelajari matematik… 🙂

 

 

Daripada :

19 comments

  1. hilary /

    cikgu sia seorang lepasan SPM 2003. saya mendapat keputusan rendah dalam matematik. dan sekarang saya ingin menggulangi semula matematik… saya rasa agak susah untuk saya belajar…. apa harus saya buat

    • Cikgu /

      hai hilary..

      tak susah untuk belajar matematik. yang penting banyakkan latihan..untuk permulaan, saya cadangkan kamu dapatkan buku rujukan dan buku latihan di pasaran. ikut segala contoh latihan dan ulangi berulang kali jenis soalan yang sama sebagai pengukuhan kefahaman kamu… ^_^

  2. nisha /

    mcm mana nk mnambah minat dlm memplajari matematik? terutama skali dlm topik circle, polygon n solid geometry.. masalahnya nya sya tak tahu mcm mana nk mengingati formula ketiga-tiga topik tersebut,…what can i do??

    • Salam Nisha..
      Perkara pertama yang menyebabkan anda tidak minat tentang ketiga2 topik biasanya disebabkan anda kurang memahami atau tidak dapat menjawab sepenuhnya soalan berkaitan dengan baik.
      Nasihat saya, cuba dapatkan rakan yang dapat membantu anda dalam ketiga2 topik tersebut. Buat sebanyak mungkin soalan bagi topik tersebut. Buat sehingga anda faham. Selain itu, anda kena rajin berhubung dan menanyakan soalan pada cikgu anda. Percayalah cakap saya, yang guru matematik sangat suka pelajarnya menanyakan soalan. Tebalkan muka..jangan malu..jangan segan..niat utama anda nak belajar dan nak menambahkan ilmu. Apabila anda sudah faham dan biasa dengan soalan2 tersebut, cuba BANTU rakan anda pula. Jika anda dapat bantu dan explain dengan baik, anda akan rasa KEPUASAN dan KESERONOKAN dalam Matematik…

      Cuba..jangan tak cuba tau… 😀

  3. SyaSya /

    Assalamualaikumm , cikgu . Hm , sayaa nie memang
    Lemah dgn maths . Ntah , tak tahu . Dary , Sk . TH-1 hingga th3 . Maths sye , still 0ke . But , smpai th-4 hngga ke th-6 . Maths sye , m’rs0t . Ape , sye nak bwt ? Buku teks
    Dha kembalikan . Mcmne , nk study ? Cann you help me sir ? Please .

  4. fadzrul /

    cikgu saya mudah lupa apayang dipelajari di sekolah…dan saya akan mengambil pt3 tahun ini masih sempat ka saya untuk recover topic aljabar ?

    • w’salam Fadzrul..

      Boleh..masih sempat lagi.

      Banyakkan tengok contoh latihan. Tengok jalan kerja dan fahamkan.

      Kemudian, cuba jawab sendiri tanpa melihat jalan kerja tersebut.

      Yang penting jangan give up ok !! 🙂

  5. Thankyou, hee! cikgu punyaa tips nihh, memang superpowerb! Saya NurElwyna Dayana Qisha Amirah. Heheh, byeeeeeeeee~

  6. 🙂 , doakan saya lulus cemerlang PT32017 cikgu! heheheeeee.

  7. Tips yang sangat ohsem n berkesan cikgu…Alhamdulillah

  8. Cikgu Hasnah /

    Matematik tidak susah jika niat kita belajar betul. Susah bagi pelajar bila tidak faham. Senang bagi guru bila mengajar tetapi kadang-kadang guru syok sendiri. Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran. Jangan guna kaedah yang sama sehingga pelajar bosan

Trackbacks/Pingbacks

  1. Tips Belajar Matematik | alkhawarizmi - [...] SUMBER [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge