Al-Khawarizmi Ahli Matematik Teragung

Jul 01

Salam semua..

Hari nie Cikgu nak bercerita pula tentang Tokoh Matematik yang teragung di dunia. Anda semua mesti pernah dengar tentang Al Khawarizmi kan? Apa kata kali nie, anda semua mengingat kembali apakah sumbangan beliau kepada dunia matematik sehingga ke hari ni?

Kepada mereka yang belum pernah melihat wajah beliau, boleh rujuk di bawah yer..

*Gambar ini hanyalah gambar ilustrasi sahaja tau. Setakat nie Cikgu pun belum pernah jumpa gambar sebenar beliau. Kalau anda pernah menjumpainya, jangan lupa bagitahu Cikgu yer.. :-)

Ok, kita kembali semula ke topik perbincangan kita..

Dalam dunia matematik, Al-Khawarizmi lebih dikenali dengan nama Bapa Algebra.

Nama sebenar Bapa Algebra ini ialah Muhammad Ibn Musa al-Khawarizmi. Selain itu, beliau turut dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Walaubagaimanapun, orang Barat mengenalinya dengan nama al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa nama lain lagi. Tarikh lahir dan kematiannya yang tepat tidak diketahui, tetapi beliau dikatakan hidup di antara tahun 790 sehingga 840 Masihi. Ada pendapat lain menyatakan beliau lahir pada tahun 780 Masihi dan meninggal dunia pada tahun 850 Masihi.

Dalam kalangan ahli sains, beliau lebih dikenali sebagai Al Khawarizmi dan merupakan seorang ahli sains Islam yang terulung dalam ilmu matematik. Beliau juga merupakan seorang ahli astronomi dan geografi yang terkenal pada zamannya.

Gelaran Al Khawarizmi diberikan kepada beliau bersempena tempat kelahirannya di Khawarizm yang terletak di selatan Laut Aral. Beliau lahir di sebuah tempat bernama Kath iaitu sebahagian daripada daerah Khawarizm, yang kini telah lenyap akibat ditenggelami pasir.

Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa Al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas. Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat tetapi di dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia. Al-Khawarizmi merupakan guru aljabar di Eropah. Beliau merupakan ahli matematik teragung dan jasanya terhadap dunia Matematik sangat besar. Beliau merupakan pengasas kepada beberapa cabang dan konsep asas Matematik. Hasil kerjanya dalam algebra begitu cemerlang dan beliau tidak hanya mempunyai inisiatif terhadap subjek dalam pembentukan sistematik tetapi juga bertanggungjawab membangunkan penyelesaian analitikal dalam pengembangan garis lurus serta persamaan kuadratik.

Persamaan kuadratik ialah satu persamaan di mana kuasa kedua tanpa kuasa lebih tinggi digunakan bagi yang tidak diketahui (x2 + 2x – 8 = 0). Kejayaan itu akhirnya menjadikannya pengasas Algebra. Nama Algebra diperoleh daripada bukunya yang terkenal iaitu Al-Jabrwa-al-Muqabilah.

Beliau turut menjelaskan dengan teliti kegunaan sifar iaitu sistem angka yang dibangunkan oleh orang Arab. Pada masa yang sama, beliau membangunkan sistem perpuluhan dan dengan itu, keseluruhan sistem nombor angka, algorithm atau algorizm memperoleh nama selepas dibangunkan oleh orang Arab. Dalam usahanya memperkenalkan sistem angka India (kini dikenali angka Arab), beliau telah membangunkan beberapa prosedur kira-kira termasuk operasi dan pecahan. Sistem angka itu kemudiannya diperkenalkan kali pertama oleh orang Arab kepada Barat yang mana hasil kerjanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah.

Seterusnya, beliau turut membangunkan secara terperinci bidang trigonometri iaitu ilmu matematik mengenai sudut dan sempadan segitiga yang mengandungi fungsi sine. Beliau juga menyempurnakan teori geometri yang mewakili muka keratan kon dan membangunkan kalkulus yang mana membantunya menguasai konsep pembezaan. Beliau juga turut bekerjasama dalam pengukuran darjah di bawah perintah Mamun al-Rashid yang bertujuan mengukur isipadu dan lilitan bumi. Pembangunan ilmu kaji bintang atau ilmu falak olehnya mempunyai makna yang cukup besar terhadap kemajuan dalam bidang sains astronomi yang mana beliau turut menulis buku mengenainya. Sumbangan Khawarizmi dalam ilmu geografi turut cemerlang. Beliau tidak hanya menyemak pandangan Patolemy mengenai geografi tetapi juga membetulkannya termasuk dalam melakar peta dunia.

Buat pengetahuan semua, Al Khawarizmi merupakan saintis pertama yang melakar peta dunia pada tahun 830 Masihi iaitu 10 tahun sebelum beliau meninggal dunia. Subhanallah…alangkah hebatnya sarjana Islam ini kan..? :-)

 

 

Daripada :

5 comments

  1. It’s a nice blog. Salam kenal ya….

  2. Love the blog

  3. assalamualaikum..mohon kongsi ye..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge