Aplikasi ILuvMaths.Com

Oct 16

Salam semua,

Zaman sekarang dah semakin canggih. Boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia dah ada handphone.
Kalau kita tengok, pelajar sekolah rendah lagi dah ada handphone. Dasyat betul..
Zaman Cikgu dulu hujung-hujung Form 5 baru nak merasa pakai handphone. Itupun handphone murah je.
Jadi, tak mustahil pada tahun 2020 nanti, negara kita antara negara maju di dunia.
Setakat handphone canggih yang anda pakai sekarang ni boleh dianggap outdated pada tahun 2020 nanti. Hehe..

Baiklah, bercerita tentang zaman teknologi. Cikgu juga kalau boleh tak nak ketinggalan.
Beberapa hari lepas, Cikgu ada membina satu Aplikasi Blog ILuvMaths.Com.
Ianya masih ditahap percubaan lagi.
Tujuan utama aplikasi ini adalah bagi membantu para pelajar untuk belajar Matematik di mana-mana sahaja.

Kepada mereka yang berminat, boleh dapatkan aplikasi tersebut disini :

Pengguna Android : http://apps.appmakr.com/iluvmaths
Pengguna Iphone : http://h.fanapp.mobi/iluvmaths

Cikgu juga amat mengalu-alukan cadangan dan penambahbaikan daripada anda semua demi memastikan aplikasi tersebut berguna untuk para pelajar.

*Dah install nanti inform kat Cikgu yer.. 🙂

 

 

Daripada

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge