Selamat Hari Guru 2014

May 16

Salam semua..

Hari ini, 16 Mei 2014..

Hari yang bermakna bagi mereka yang bergelar guru, cikgu, pendidik mahupun teacher.

Saya juga tidak terlepas dalam golongan ini. Walaupun niat untuk menjadi cikgu di sekolah tidak kesampaian, tetapi naluri sebagai cikgu tetap saya teruskan, walaupun hanya sebagai cikgu tusyen.

Selamat Hari Guru 2014

Bermula awal bulan Februari 2011, saya mulakan kerjaya sebagai cikgu tusyen hasil daripada cadangan makcik saya di Kedah dan juga daripada emak saya. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua bekas pelajar saya dan juga yang masih bersama saya sehingga ke hari ini. Saya bukanlah guru yang hebat, seperti mana guru di sekolah. Saya mengajar hanya berdasarkan pengalaman saya semasa di sekolah dulu. Segala tips dan kaedah semasa saya di sekolah, saya curahkan kepada pelajar saya.

Alhamdulillah, walaupun tidak 100% yang dapat A, tetapi majoriti daripada mereka meningkat pencapaiannya. Kepada pelajar saya yang dapat A, TAHNIAH saya ucapkan. Kepada yang tidak, jangan berputus asa. Anda perlu gandakan usaha anda.

Tugas sebagai guru bukanlah tugas yang mudah. Tambahan pula guru tusyen. Ibubapa mengharapkan 100% bahawa anak mereka akan dapat A bila dihantar ke pusat tusyen. Allahuakbar, sungguh berat tanggungjawab yang diberikan.

Kadang-kadang, terdetik dihati saya,

  • Kenapa perlu diberi harapan yang tinggi kepada guru tusyen sedangkan sebahagian besar masa pelajar bersama guru di sekolah?
  • Gaji guru tusyen berapalah sangat jika nak dibandingkan dengan guru di sekolah.
  • Apakah guru matematik di sekolah tidak mampu memberikan servis terbaik sehingga ibubapa terpaksa mencari guru tusyen untuk anak mereka?
  • Kebanyakan ibubapa akan berubah fikiran jika anak mereka tidak mendapat keputusan yang baik selepas dihantar ke pusat tusyen. Ini secara tidak langsung akan memberi kesan kepada pendapatan guru tusyen tersebut, tetapi bagaimana dengan pula dengan pendapatan guru matematik di sekolah?

Jika ada guru-guru yang sedang membaca, saya mohon maaf..Hanya sekadar luahan hati.

Anda diberi kepercayaan, tanggungjawab dan amanah untuk mengajar, maka jadilah guru yang terbaik.

Apabila result pelajar teruk, ibubapa akan mencari guru tusyen terlebih dahulu berbanding guru matematik di sekolah. Saya taknak sentuh guru ditegur oleh pengetua. Itu urusan mereka di sekolah. Hakikatnya, walau seteruk manapun pencapaian pelajar, pendapatan guru tidak terjejas.

Walau bagaimanapun, itulah cabaran insan yang bergelar guru.

Kepada para pelajar, hargai guru-guru anda. Walaupun guru anda mengajar agak membosankan, tetapi hormatilah beliau. Keberkatan yang lebih penting.

 

Kepada guru-guru saya semasa di SK Senawang, SMK Seri Pagi (dahulunya SMK Senawang Dua), Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR), Matrikulasi Negeri Sembilan dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), terima kasih atas ilmu yang anda curahkan. Saya sentiasa doakan kesihatan yang baik dan kesejahteraan guru-guru saya. Tanpa anda, saya tidak akan sampai ke tahap ini.

Terima kasih Cikgu..

 

Daripada

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge