Ulasan Kertas 1 PMR 2011 [ V1 ]

Oct 13

Salam semua..

Seperti mana yang Cikgu maklumkan sebelum ini, Cikgu akan membuat sedikit ulasan tentang Kertas 1 PMR 2011.

Hehe..Cikgu tahu mesti ada yang takut-takut nak check kan?

Tapi tak pe, Cikgu hanya memberi ulasan berdasarkan jawapan dari pengiraan Cikgu dan bukannya dari jawapan rasmi KPM.

Kalau anda BERANI, cuba la check yer…(^_^)

Antara sebab utama Cikgu ingin membuat ulasan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada anda tentang pengiraan yang anda telah buat semasa menjawab soalan.  Ini secara tidak langsung, membantu anda sekiranya anda YAKIN anda BOLEH dapat A dan membuat rayuan semakan semula apabila result yang anda dapat adalah disebaliknya.

Untuk peringkat pertama – Version 1 [V1], Cikgu hanya membuat pendedahan untuk 5 soalan pertama sahaja.

Manakala untuk soalan-soalan yang berikutnya, akan Cikgu maklumkan dalam Version II dan keatas.

SOALAN 1

Berdasarkan soalan ini, pelajar harus tahu asas untuk membundarkan nombor. Bagi Cikgu soalan nie terlalu senang kerana kalau Cikgu bagi soalan ini pada pelajar DARJAH 4 pun mereka boleh jawab. Opss..jangan marah yer.. (^_^)

Konsep untuk membundarkan nombor adalah dengan melihat apakah nombor disebelah kanan bagi nombor yang diminta.

1) Sekiranya nombor tersebut adalah 5  hingga 9, maka nombor yang diminta harus DITAMBAH 1.
2) Sekiranya nombor tersebut adalah 0  hingga 4, maka nombor yang diminta harus DIKEKALKAN.

Jawapan A – kalau dibundarkan kepada ratus terdekat, nombor yang berada ditempat RATUS adalah nombor 6 dan disebelah kanannya pula adalah nombor 4. Maka, mengikut syarat ke 2, nombor 6 harus DIKEKALKAN dan nombor disebelah kanannya HARUS 00. Maka dengan itu jawapan bagi A adalah : 732 600. Tetapi jawapan diberi adalah 732 000. So, jawapan A SALAH.

Jawapan B – 732 648 (dibundarkan kepada RIBU terdekat). Fokus pada nombor 2 dan lihat nombor sebelahnya iaitu 6. Mengikut syarat 1, nombor 2 harus DITAMBAH 1 dan menjadikannya jawapan kepada 733 000. Jawapan yang diberi pula adalah SAMA iaitu 733 000.

Untuk jawapan C & D, anda boleh check sendiri yer..(^_^)

========================================

Kesimpulannya jawapan No 1 adalah B.

========================================

SOALAN 2

Bagi soalan 2, ianya menguji tahap anda mengenal pasti nilai tempat bagi nombor 5.

Jawapan A – nilai tempat bagi 5 adalah perseribu atau 5/1000 . Kalau diterjemah dalam perpuluhan adalah 0.005.

Jawapan B – nilai tempat bagi 5 adalah persepuluhribu atau 5/10000. Kalau diterjemah dalam perpuluhan adalah 0.0005.

Jawapan C – nilai tempat bagi 5 adalah perseratus atau 5/100. Kalau diterjemah dalam perpuluhan adalah 0.05.

Jawapan D – nilai tempat bagi 5 adalah persepuluh atau 5/10. Kalau diterjemah dalam perpuluhan adalah 0.5.

Cuba bandingkan keempat-empat jawapan ini :

0.005 / 0.0005 / 0.05 / 0.5

yang mana satu mempunyai nilai terbesar?

sudah tentu 0.5 kan?

Jadi.. 

========================================

Kesimpulannya jawapan No 2 adalah D.

========================================

SOALAN 3

Untuk menjawab soalan nie..anda perlu tahu KONSEP gandaan 3…gandaan 3 adalah nombor yang digandakan sebanyak 3 unit.. 3,6,9,12,… dengan kata lain sifir 3 la kan?. Setiap nombor dalam sifir 3 MESTI boleh dibahagi dengan 3 tanpa ada baki @ dalam perpuluhan.

Jadi, cuba anda bahagikan setiap nombor dalam kotak P, Q, R dan S diatas dengan 3.

P27/3 = 9 | 39/3 = 13 | 51/3 = 17 | 57/3 = 19

Q – 24/3 = 8 | 39/3 = 13 | 47/3 = 15 baki 2 | 51/3 = 17

R – 18/3 = 6 | 33/3 = 11 | 42/3 = 14 | 53/3 = 17 baki 2

S – 30/3 = 10 | 36/3 = 12 | 45/3 = 15 | 59/3 = 19 baki 2

Mengikut pengiraan di atas, jelas sekali semua nombor di dalam kotak P boleh dibahagi dengan 3 tanpa baki @ dalam perpuluhan.

Oleh itu..

========================================

Kesimpulannya jawapan No 3 adalah A.

========================================

SOALAN 4

Untuk soalan 4, anda perlu ingat dimana kedudukan interger-integer yang disenaraikan. Sekiranya anda masih samar-samar, ingat kembali susunan nombor dalam number lines.

Secara asasnya, nombor disebelah kanan 0 adalah nombor positif manakala disebelah kiri 0 adalah nombor negatif.

Kita ambil contoh nombor positif.

5 dan 3

Apabila sesuatu nombor itu berada semakin ke kanan, nombor tersebut mempunyai nilai yang lebih besar berbanding nombor disebelah kirinya.

Nombor 5 berada disebelah kanan nombor 3. Oleh itu, nombor 5 lebih besar daripada nombor 3 ( 5 > 3 )

Begitu juga dengan nombor negatif.

Katakan -3 dan -5

Nombor -3 berada disebelah kanan nombor -5. Oleh itu, nombor -3 lebih besar daripada nombor -5 (-3 > -5)

Jika kita lihat kembali nombor-nombor diatas dan disusun mengikut urutan :

-10 , -2 , 0 , 3 , 6

interger terbesar = 6

interger terkecil = -10

Maka hasil tambah 6 dan -10 adalah 6 + (-10) = 6 – 10 = -4

Jadi..

========================================

Kesimpulannya jawapan No 4 adalah A.

========================================

SOALAN 5

Soalan ini memerlukan daya logik yang tinggi. Ini kerana ianya tidak melibatkan pengiraan yang kompleks dan hanya berdasarkan pemerhatian kita.

Jadi persoalannya, bagaimana nak tahu jumlah peratusan kawasan berlorek sedangkan tiada 1 pun nombor peratusan yang diberi?

Hehe..jangan risau, soalan nie tak susah mana pun. Ok, straight to the point..

1st – anda perlu lihat pada segitiga PRS. Kawasan berlorek segitiga PRS adalah mewakili separuh daripada segiempat tepat PQRS. Oleh itu, dapat kita rumuskan bahawa kawasan berlorek segitiga PRS adalah 50% daripada seluruh rajah.

2nd – lihat pula pada segiempat KLMQ. Luas segiempat KLMQ adalah mewakili luas 1/4 daripada seluruh rajah. Seperti mana yang kita tahu, luas 1/4 adalah bersamaan dengan 25%.

Oleh itu, jika kita gabungkan kedua-dua kawasan berlorek ini :

50% + 25 % = 75 %

Jadi..

Peratusan kawasan berlorek seluruh rajah adalah : 75%

========================================

Kesimpulannya jawapan No 5 adalah C.

========================================

 

 

 

Daripada :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge