Faktor Perdana

Oct 29

Salam semua..

Minggu lepas saya ada menerima pertanyaan dari seorang hamba Allah yang bernama Noramira. Form berapa saya tak pasti, tapi dari pemerhatian saya, beliau mungkin pelajar tingkatan dua.

Soalannya adalah (saya edit sikit daripada soalan asal) :

“cikgu selain daripada nombor perdana boleh tak cikgu bincang tentang faktor perdana?”

Faktor Perdana?

Errmmm..apa yang ada faham daripada 2 patah perkataan tersebut?

Tak tahu?

Adeiyhh..jangan macam ni. Senang je soalan tu (cewaaahh… ^__^ )

Ok..buat adik Noramira. Ini jawapan saya.

 

Pertama :

FAKTOR PERDANA.

Ada dua perkataan iaitu FAKTOR dan PERDANA.

Untuk menyelesaikan soalan ini, kamu perlu fokus satu persatu.

Iaitu mencari FAKTOR terlebih dahulu, kemudian mencari NOMBOR PERDANA daripada FAKTOR tersebut.

 
Contoh.

Apakah faktor bagi 30?

1X30
2X15
3X10
5X6

Jadi, FAKTOR bagi 30 adalah 1,2,3,5,6,10,15 dan 30.

 

Kedua :

Lepas tu nak buat apa?

Haa..daripada faktor tadi, nombor yang mana adalah NOMBOR PERDANA?

1? bukan..
2? Ya..
3? Ya..
5? Ya..
6? bukan..
10? bukan..
15? bukan..
30? pun bukan..

Jadi, terdapat 3 nombor perdana daripada senarai faktor tadi.

Nombor tersebut adalah 2,3 dan 5.

Oleh itu, dengan kata lain..nombor 2,3 dan 5 ini dikenali sebagai FAKTOR PERDANA.

Sebab apa?

Sebab mereka adalah NOMBOR PERDANA daripada SENARAI FAKTOR yang kita cari tadi.

Macam mana?

Jelas?

Kacang je kan?… ^__^

 

 

 

 

Daripada :

9 comments

  1. Avatar
    aufa /

    Cikgu faktor perdana macam mne.saya masih lagi tak faham

    • Avatar

      Keyword yang penting adalah FAKTOR dan PERDANA.

      Sebagai contoh:

      Cari faktor perdana bagi 100.

      Apa itu faktor?

      Bahasa mudah ialah APA darab APA dapat 100.
      Mesti bermula dari nombor 1.
      Jom kita kira…

      1 x 100
      2 x 50
      3 tak boleh
      4 x 25
      5 x 20
      10 x 10

      Jadi, faktor bagi 100 adalah 1,2,4,5,10,20,25,50 dan 100.

      Dalam senarai nombor faktor tu, yang mana satu nombor perdana?

      1? Bukan
      2? Ya
      4? Bukan
      5? Ya
      10? Bukan
      20? Bukan
      25? Bukan
      50? Bukan
      100? Bukan

      Jadi, nombor perdana daripada senarai tadi adalah 2 dan 5.

      Maka, nombor 2 dan 5 adalah FAKTOR PERDANA.

      Senangkan? ^_^
      Cikgu recently posted..Faktor PerdanaMy Profile

  2. Avatar
    fluster /

    i want to know 78’s prime number.help me.

  3. Avatar
    ignatius lee /

    cikgu apa kah nombor faktor terbesar bagi 121

    • Avatar

      Untuk mencari faktor bagi 121, kita kena cari apa darab apa dapat 121?

      1 x 121
      11 x 11

      Jadi, faktor bagi 121 adalah 1, 11 dan 121

      Untuk menjawab soalan, faktor terbesar bagi 121 adalah 121… 🙂

  4. Avatar
    anoymous /

    apakah faktor perdana bagi no 121

    • Avatar

      Mula2 kena cari faktor bagi 121..

      1 x 121
      11 x 11

      maka, faktor 121 adalah 1,11 dan 121

      daripada 3 nombor tersebut, hanya 11 adalah nombor perdana.

      maka, 11 adalah faktor perdana bagi 121.. 🙂

  5. Avatar
    alifari /

    sekarang saya faham dah

Leave a Reply to ignatius lee Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge