Scale Drawings[V1]

Jun 07

Salam semua..

Hari ini cikgu ingin menyentuh topik Tingkatan 3 iaitu Scale Drawings.

Mungkin ada dalam kalangan anda yang telah mula belajar topik ini di sekolah dan mungkin juga ada yang masih belum. Kepada yang belum tu, anggaplah ini sebagai pembelajaran tambahan anda yer. Nanti lepas cuti, mudahlah bagi anda memahaminya apabila cikgu di sekolah mula masuk topik Scale Drawings.

Sebagai permulaan, topik Scale Drawings ini tak la susah sangat. Kepada mereka yang biasa pergi camping dan biasa menggunakan peta, pasti mereka selalu menggunakannya kan?

Cikgu..apa maksud cikgu selalu menggunakannya?

Maksud saya adalah penggunakan seperti tanda ini 1 : 10 000

Pernah tengok?

Owh..pernah cikgu. Tanda tersebut biasa ada dalam peta. Biasanya kat hujung-hujung peta cikgu.

Haa..pandai pun. Tapi kamu tahu tak apa maksudnya?

Err..tak tahu la cikgu..Hee..

Tak tahu? Habis tu macam mana kamu baca peta kamu?

Hee..kawan saya yang baca. Saya ikut je.. ^__^

Adeiyh..

Takpelah, meh dengar elok-elok apa yang cikgu nak ajar. OK?

Ok cikgu..saya dah bersemangat nak belajar nie.. ^_^

Pertama sekali, saya nak terangkan pada kamu apa maksud 1 : 10 000. Cara membacanya adalah satu nisbah sepuluh ribu.

Secara asasnya, saya lebih suka menggunakan istilah UKURAN PETA dan UKURAN OBJEK.

UKURAN PETA bermaksud ukuran yang terdapat pada peta.

UKURAN OBJEK pula bermaksud ukuran sebenar objek yang berada di muka bumi(di atas tanah).

Jadi, apa kaitannya dengan 1 : 10 000?

 

Berdasarkan gambar rajah diatas, 1 : 10 000 bermaksud 1 cm di PETA bersamaan dengan 10 000 cm di muka bumi.

Sebagai contoh gambar rajah jalan raya di atas peta. Anda ambil pembaris dan ukur panjang jalan raya tersebut. Anda dapati panjang jalan raya itu adalah 5 cm. Oleh itu, mengikut skala 1 : 10 000, 1 cm di PETA bersamaan dengan 10 000 cm di muka bumi.

Jadi, memandang panjang jalan raya dipeta adalah 5 cm. Ini bermakna panjang jalan raya di muka bumi adalah 50 000 cm.

Tapi, ada ke panjang jalan raya 50 000 cm?

Jawapannya ADA tapi tak logik !!

Jarang kita dengar orang menggunakan unit cm untuk mengukur panjang jalan raya. Biasanya unit yang digunakan adalah meter(m) dan km(kilometer).

Oleh itu, anda perlu tukar unit cm tadi kepada m ataupun km.

Cikgu, macam mana nak tukar unit?

Haa? Takkan dah lupa? Pelajar saya tahun 4 pun boleh selesaikan tau..

Ingat kembali unit bagi ukuran :

1 cm    = 10 mm

1 m      = 100 cm

1 km    = 1000 m

Untuk menukar unit, anda perlu guna formula dibawah.

 

Macam mana? Masih ingat lagi cara penukaran unit?

Hehe..Ingat lagi cikgu. Jangan marah yer.. Kejap saya nak kira..

Untuk menukar 50 000 cm kepada m. Saya perlu bahagi dengan 100.

 

 

Kalau nak tukar kepada unit km, saya perlu bahagi dengan 1000.

 

Jadi kesimpulannya, 50 000 cm = 500 m = 0.5 km

Betulkan cikgu?

Bagus-bagus..jadi saya tambah sikit kesimpulan kamu yer..

5 cm jalan raya di peta bersamaan dengan 50 000 cm atau 500 m atau 0.5 km diatas muka bumi.

Boleh faham setakat nie?

Boleh cikgu.. ^__^

Ok, next..

Kebiasaannya unit asas yang digunakan adalah centimeter(cm). Sekiranya unit yang diberi adalah berlainan, ini bermakna kamu perlu tukar dahulu unit tersebut kepada unit centimeter(cm).

Sebagai contoh :

1 cm : 10 m

Tukarkan 10 m kepada cm.

10 x 100 = 1000 cm

Oleh itu, nisbah yang sepatutnya digunakan adalah 1 : 1000. Maksud 1 : 1000 ialah 1 cm di peta bersamaan dengan 1000 cm di muka bumi.

Ok, sekarang..cuba kamu perhatikan contoh dibawah :

Contoh 1 :

Panjang sebuah padang adalah 120m. Apakah nisbah ukuran padang pada peta?

1st, anda perlu tukar dahulu unit panjang padang tersebut.

120 m kepada cm :

120 x 100 = 12 000 cm

Ini bermakna nisbah yang sesuai adalah 1 : 12 000

Ok, next..

Ingat semula saya terangkan pada awal-awal tadi.

1 : 10 000 bermaksud 1 cm di PETA bersamaan dengan 10 000 cm di muka bumi.

Bagaimana kalau 1 : 1?

Saya cuba cikgu. 1 : 1 bermaksud 1 cm di peta bersamaan dengan 1 cm di atas muka bumi. Betul kan cikgu?

Ahaa…pandai pun. Kalau 1 : 0.5?

Kalau 1: 0.5..ianya bermaksud 1 cm di peta bersamaan dengan 0.5 cm di atas muka bumi. Betul kan cikgu?

Waa..molek la demo nie..[Opss..ambo kecek klate deh?]  ^__^

So, sekarang nie kamu dah faham maksud nisbah tersebut kan?

Saya akan buat kesimpulan disini. Kamu dengar betul-betul yer..

1 : 100 bermaksud 1 cm di peta bersamaan dengan 100 cm di atas muka bumi.

1 : 1     bermaksud 1 cm di peta bersamaan dengan 1 cm di atas muka bumi.

1 : 0.5  bermaksud 1 cm di peta bersamaan dengan 0.5 cm di atas muka bumi.

 

Formula umum untuk nisbah adalah 1 : n

Perhatikan nilai n diatas. 100, 1 dan 0.5 kan? Apa yang kamu boleh simpulkan dengan nilai-nilai n tersebut?

Ok cikgu..Apa yang saya nampak ialah :

Dalam matematik, ianya boleh ditulis seperti ini :

 

Alhamdulillah..dengan kesimpulan kamu itu, maknanya kamu dah faham apa yang saya ajar.

Next time, saya akan berikan beberapa contoh soalan yang berkaitan dengan tajuk Scale Drawings yer..

Selamat Belajar… ^_^

 

Daripada :

No comments

Trackbacks/Pingbacks

  1. Scale Drawings[V2] | I Luv Maths - [...] Scale Drawings[V1] [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge