Scale Drawings[V2]

Jun 09

Salam semua..

Hari ini Cikgu akan sambung kembali tajuk bagi Tingkatan 3 iaitu Scale Drawings.

Dalam Scale Drawings[V1], kamu telah belajar bagaimana penulisan nisbah, cara untuk menukar unit dan apakah maksud nilai n.

Kamu ingat lagi?

Ingat cikgu..Hari ini cikgu nak tambah apa lagi?

Hari ini cikgu akan menambah sedikit lagi formula dan menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan Scale Drawings.

Seperti biasa, nisbah umum bagi Scale Drawings adalah 1 : n

Anda perlu tahu bahawa 1 : n

boleh ditukar kepada :-     

 

Dengan kata lain,

Sebagai contoh :

Katakan segiempat sama disebelah kiri adalah sebuah rumah yang dilukisan pada sebuah peta. Segiempat sama disebelah kanan pula adalah objek sebenar, yakni sebuah rumah yang ada diatas muka bumi.

Panjang sisi rumah (peta) adalah 1 cm manakala panjang sisi rumah (diatas muka bumi) adalah 1000 cm.

Berdasarkan formula yang saya berikan tadi,

                

Kesimpulannya,

dimana nilai n kamu adalah 1000.

 

Owh..baru saya faham cikgu..lagi cikgu?

Ok, Next…

Jom kita buat beberapa soalan supaya anda mudah faham bentuk soalan yang sering ditanya dalam tajuk Scale Drawings ini.

 

SOALAN 1

Using a scale of 1 : 20 000. Majid draws the map of the road. If the actual length of the road is 4 km, find the length of the road in cm, on the map.

 

PENYELESAIAN

Haa..faham ke soalan dalam BI tu? senang je kan? ^__^

Hee..boleh cikgu..Sonang jo..Macam mana nak kira cikgu?

Ceh..tadi ekau kato sonang jo? Meh dongar den nak kobar nie..

1st..dia dah beri skala yang digunakan adalah 1 : 20 000. Ini bermakna 1 cm dalam peta bersamaan dengan 20 000 cm diatas muka bumi.

Unit yang diberi adalah 4km. Jadi anda perlu tukar dahulu kepada cm. Ingat lagi macam mana nak tukar?

Ingat cikgu..

Betul kan cikgu?

Haa…betul-betul. Untuk menyelesaikan soalan ini, anda perlu buat perbandingan.

Tulis dahulu skala yang diberi diatas dan skala yang ingin dicari dibawah.

            1          :           20 000

            x          :           400 000

Ingat kembali, nombor sebelah KIRI nisbah adalah ukuran diatas peta dan nombor disebelah KANAN nisbah adalah ukuran sebenar objek.

Memandangkan kita ingin mencari ukuran jalan raya diatas peta, maka kita wakilkan x pada sebelah KIRI dan 400 000 cm disebelah KANAN kerana 400 000 cm adalah ukuran sebenar objek.

Sekarang ni kita dah ada 2 nisbah. Macam mana nak selesaikannya?

Ingat kembali :

 

Oleh itu, anda perlu buat perbandingan :

 

Ingat lagi macam mana nak selesaikan soalan diatas?

Gunakan kaedah DARAB SILANG !!

 

Oleh itu, kesimpulannya ialah panjang jalan raya diatas peta adalah 20 cm.


SOALAN 2

 In a plan drawn to a scale of 1 : 200, the length of a room is 6.2 cm. The actual length of the room, in metres is…

 

PENYELESAIAN

Soalan ini inginkan kamu mencari panjang SEBENAR bilik tersebut. Maka, nilai x perlu diletakkan disebelah KANAN.

Maka, panjang sebenar bilik adalah 1240 cm. Tukarkan cm kepada m :

 

Kesimpulannya, panjang sebenar bilik adalah 12.4 m.

 

SOALAN 3

Roslan draws a map of a river using a scale of 1 : 600 000. If the actual length of the river is 120km, the length of the river on the map, in cm is…

 

PENYELESAIAN

1st step :-

tulis dahulu apa skala yang diberi.

1 : 600 000

2nd step :-

apa soalan nak?

the length of the river on the map

keyword kat sini adalah on the map. Maka kita wakilkan ia sebagai x dan ditulis disebelah KIRI NISBAH.

3rd step :-

tukarkan 120 km kepada cm.

4rd step :-

Buat perbandingan nisbah :

 

Kesimpulannya, panjang sungai pada peta adalah 20 cm.

Jadi macam mana?

Boleh faham apa yang saya ajarkan?

Mudah jer..

Asalkan kamu banyakkan latihan dalam topik ini. Soalan pusing-pusing kat situ jer..

Ok, next time saya akan berkongsi dengan anda beberapa soalan tambahan berkaitan dengan Scale Drawings yer..

Selamat Belajar… ^_^

 

Daripada :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge