Tahniah Pelajar PMR 2011

Oct 11

Salam semua…

First of all, Cikgu ingin mengucapkan TAHNIAH kepada semua pelajar PMR 2011 yang baru sahaja selesai mengharungi perjuangan bermula 4 0ct – 10 oct 2011.

Apa yang pasti, anda sedang menikmati suasana MERDEKA kan? (^_^)

Ok, so far macam mana pengalaman anda menjawab soalan PMR?

Suka? Sedih? Geram sebab tak dapat jawab dengan baik?

Hehe..tak mengapa. Jangan sedih-sedih yer.

Cikgu berharap segala penat lelah anda belajar selama 3 tahun ini berbaloi dan mendapat result yang menggembirakan.

Cikgu mendapat khabar bahawa soalan Matematik PMR 2011 kertas 1 agak sukar manakala kertas 2 senang.

Betul ker?

Apa-apa pun, Cikgu belum lagi melihat soalan tersebut dan akan cuba dapatkan kertas 1 dalam masa terdekat nie. Kepada mereka yang ingin mengetahui jawapannya, tunggu ulasan saya untuk akan datang yer.

Ok, thats all for today..

Hope anda semua bergembira melayari BAHTERA HONEYMOON sekarang nie…(^_^)

 

Daripada :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge