Aplikasi Asas Nombor

Jan 09

Salam semua..

Saya menerima soalan daripada seorang pembaca yang bertanyakan apakah kegunaan asas nombor?

Ya betul..saya pasti anda juga akan tertanya-tanya apakah kegunaan asas nombor?

Secara umumnya, asas nombor banyak digunakan pada computer programming system.

Sebagai contoh: 2004

Dalam sistem komputer, ianya boleh dibaca dalam dua keadaan iaitu :

11111010100 (asas nombor  2)
3724 (asas nombor 8)

Kedua-dua keadaan memberi MAKNA bagi bacaan programming.

(Saya mohon maaf kerana kegunaan dalam programming bukanlah bidang saya)

Oleh itu, cukuplah sekadar saya nyatakan bahawa bacaan asas nombor tadi memberi MAKNA kepada bacaan programming.

Yang kedua..

Saya bagi contoh yang lebih mudah supaya anda mudah faham.

11.30 AM

Pernahkah anda melihat nombor diatas?

Ya..saya pasti anda faham maksud nombor diatas ialah WAKTU.

11.30 AM bermaksud pukul 11 30 minit pagi.

Namun begitu, tahukah anda disebalik waktu tersebut tersirat asas nombor?

Saya wakilkan waktu tadi kepada huruf:

AB:CD AM

Buat masa ini kita abaikan AM kerana kita tahu AM bermaksud waktu pagi. Jadi kita fokus kepada AB:CD

Secara umumnya, AB merujuk kepada JAM dan CD merujuk kepada MINIT.

Nombor yang terdapat pada D adalah 0 hingga 9 kan?
Jadi, ini bermaksud nombor pada D adalah asas nombor 10.

Kita lihat pula nombor pada C.
Ianya terdiri daripada 0 hingga 5, betul tak?
Jadi, ini bermaksud nombor pada C adalah asas nombor 6.

Apabila kita gabungkan CD, kita sedia maklum MINIT terdiri daripada 00 minit hingga 59 minit.
Ini bermakna, nombor CD menggunakan asas nombor 60.

“Kenapa asas nombor 60, Cikgu?”

Kita recall semula apa yang kita dah belajar sebelum ini.

Asas Nombor 2 : 0,1
Asas Nombor 3 : 0,1,2
Asas Nombor 4 : 0,1,2,3
Asas Nombor 5 : 0,1,2,3,4

Jika kita inginkan asas nombor 2, bermakna dalam senarai nombor tersebut TIDAK TERDAPAT nombor 2.

Begitu juga asas nombor 3, TIDAK TERDAPAT nombor 3.

Maka, dalam kes MINIT tadi kita tak menggunakan 60 sebagai minit kerana kita sedia maklum 60 minit adalah bersamaan dengan 1 jam. Jadi, julat minit adalah dari 00 hingga 59 dan ini juga dikenali sebagai asas nombor 60.

Sehubungan itu, cuba teka apakah asas nombor bagi A, B dan AB?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Dah dapat jawapan?

Cuba bandingkan dengan jawapan saya :

A = 0,1 (asas nombor 2)
B = 0,1,2,3,4,5,6,7,8,9 (asas nombor 10)
AB = 00,01,02,03,04,05,06,07,08,09, 10, 11 (asas nombor 12)

“Cikgu, kenapa AB asas nombor 12? Bukan ke nombor 12 boleh digunakan?”

Ya betul..TETAPI…ingat semula, kita ada AM dan PM.

Selepas 11.59 AM ada lagi tak waktu AM? Tiadakan?

Sebab 12.00 bukan lagi AM tetapi 12.00 PM.
Maksud disini, AB limit kepada 11 sahaja.

Bagaimana, menarik bukan?

Semoga perkongsian ilmu ini bermanfaat untuk anda.

Next post, saya akan terangkan asas nombor yang lebih besar daripada asas nombor 10. Tunggu yer… 🙂

 

Daripada

2 comments

  1. Avatar
    kamisah omar /

    saya share ya maklumatnya. terima kasih banyak.

Leave a Reply to Cikgu Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge