Asas Nombor [V2] – Tukar Bases

Jan 31

Salam semua..

Apa khabar? Hari ini Cikgu ingin membincangkan beberapa latihan daripada Tajuk Number Bases Tingkatan 5.

Bagi pelajar Tingkatan 5, masih ingatkah anda?

Kalau ingat-ingat lupa, apa kata sama-sama kita menjawab soalan di bawah ini.

 

Convert 2145 to a number in base eight.

 

Penyelesaian

Soalan bertanyakan pada anda bagaimana untuk menukar Base 5 kepada Base 8.

Sebelum kita menukar bases, apa kata anda lihat gambar rajah dibawah ini dahulu.
tukar base
Adakah anda memahami maksud gambar rajah diatas?

Jika anda perhatikan, terdapat 3 base yang biasa ditanya untuk ditukarkan kepada Base 10, iaitu Base 2, Base 5 dan Base 8.

*Saya lebih gemar guna short form B2 (Base 2), B5 (Base 5) dan B8 (Base 8)

Jika anda ingin menukar B2 , B5 dan B8 kepada B10 , anda perlu menggunakan kaedah KOTAK.

Sebaliknya jika anda ingin menukar B10 kepada B2 , B5 dan Banda perlu menggunakan kaedah PEMBAHAGIAN BERULANG.

 

Untuk menjawab soalan tadi, cuba anda perhatikan gambar rajah diatas.

Ada tak  B5 ditukarkan kepada B8 ? Tiada kan?

Jadi, macam mana nak jawab soalan nie?

Senang je..

Anda ikut je flow anak panah tersebut.

Anak panah pertama   : Bermula daripada B5 kepada B10

Anak panah kedua      : B10  kepada B8

Jadi, untuk selesaikan soalan ini, anda perlu lakukan 2 langkah, iaitu kaedah KOTAK dan kaedah PEMBAHAGIAN BERULANG.

B5 kepada B10 (kaedah KOTAK)

2145 kepada B10

52

51

50

2

1

4

Cara pengiraan :

(2 x 52 ) + (1 x 51 ) + ( 4 x 50 )

= (2×25) + (1 x 5) + (4 x 1 )

= 50 + 5 + 4

= 5910

B10  kepada B8 (kaedah PEMBAHAGIAN BERULANG)

5910 kepada B8

 
bahagi1
Langkah pertama adalah anda perlu bahagi secara terbalik.

Lajur kiri adalah Base yang kita nak iaitu B8.

Lajur tengah adalah nombor yang kita perlu bahagi.

Lajur kanan adalah baki daripada pembahagian.

 

Mari kita kira sama-sama.

59 / 8 = 7 (nilai paling hampir dengan 59 ialah 56 iaitu 7 x 8 = 56) baki 3

Jadi, letakkan 7 dibawah 59 dan bakinya perlu diletakkan dilajur kanan.

7 / 8 = 0 (nilai paling hampir dengan 7 ialah 0 iaitu 0 x 8 = 0) baki 7

Maka, untuk mendapatkan jawapan, anda perlu baca dari BAWAH ke ATAS iaitu 738.

Macam mana? Senang kan?

 

Ada pelajar bertanya pada saya,

“Cikgu, kalau guna kalkulator lagi senang. Tak payah la guna cara ni Cikgu”

 

Haha..ya memang betul. Tapi anda perlu kuasai KONSEP dulu. Jangan main terjah je.

Sebab soalan dalam SPM adakalanya berbentuk tidak langsung. Anda tak boleh dapat jawapan terus daripada kalkulator dan jalan pengiraannya sama ada menggunakan cara KOTAK atau PEMBAHAGIAN BERULANG.

 

Cuba jawab soalan ini pula.

If  758  = X2, find the value of X.

 

Dapat tak idea soalan ini? Soalan nak apa?

 

Jawapannya, soalan nak anda tukar B8 kepada B2.

Sama tak dengan cara di atas tadi? Sama kan?

Tukarkan dulu B8 kepada B10, kemudian B10 kepada B2.

Berapa jawapan yang anda dapat?

B8 kepada B10 = 6110

B10 kepada B2 = 1111012

Jawapan akhir adalah 1111012

Kalau betul jawapan anda, ini bermakna anda dah kuasai sebaiknya bagaimana ingin menukar bases.

Sebenarnya ada lagi 1 trick dimana anda boleh menukar B8 kepada B2 dengan cara yang pantas.

 

Haha..itu nantilah ye..saya tak nak bagi anda pening-pening waktu ni.

Ada masa terluang nanti saya akan explain macam mana nak buat sebab MOSTLY pelajar masih keliru macam mana nak guna cara shortcut B8 kepada B2  dan B2 kepada B8.

So, tunggu post saya seterusnya ye..

 

 

Daripada :

12 comments

  1. Avatar
    BlackHat Malaysia Right Assist. /

    saye x fham yg baki tu.. mane dpat baki 3 dgn 7

    • Avatar

      BlackHat :

      Daripada soalan di atas, kita nak 59 ditukarkan kepada Base 8..

      Jadi, 59 bahagi 8 = 7…kerana 8×7=56…kita kena pilih nombor yang paling hampir.

      kita tak boleh pilih 8 kerana 8×8=64..

      untuk 59 bahagi 8, kita kena guna pembahagian secara kebawah. jadi..kita letak 7 dibawah 59..

      59-56=3..jadi, baki 3 ini kita kena letak dibahagian sebelah kanan (sebelah 7).

      kemudian, kita teruskan pembahagian iaitu 7 bahagi 8..boleh tak?

      tak boleh kan? yang boleh hanya 0 sahaja. jadi, 8×0=0

      7-0=7 baki 7 ini kita letak dibawah 3 tadi..

      Untuk mendapatkan jawapan, kita baca dari bawah iaitu 73..

      boleh faham penerangan saya? senang kan? ^__^
      Cikgu recently posted..Asas Nombor [V2] – Tukar BasesMy Profile

  2. Avatar
    ERLINA /

    Cikgu,

    Saya nak blajar trick tukar B2 ke B8 dan sebaliknya tu. Kat post mana nak rujuk?

  3. Avatar
    kakpah /

    cikgu sangat membantu. Akhirnye sye paham gak.terima kasih cikgu XD

  4. Avatar

    Saya suka kaedah cikgu mengajar,sangat membantu untuk difahami dan boleh menerangkan kepada pelajar yang lemah. Terima kasih cikgu, semoga ilmu yang dicurahkan bermanfaat di dunia dan akhirat.

  5. Avatar
    lina /

    Assalam cg, saya tak berapa faham macam mn dapat 210 kat atas 555 tu? (kaedah kotak)

    • Avatar

      Maaf Lina,

      Saya kurang faham soalan anda. Yang mana 210 dan 555 yang anda maksudkan?

  6. Avatar

    Asalam cikgu mintak tolong semak kalau 8 asas 10 tukar ke asas 5 jawapan 13 asas 5
    19 dlm asas 5= 34
    36=121
    53=203

    • Avatar

      W’salam…

      8 asas 10 = 13 asas 5
      19 asas 10 = 34 asas 5
      36 asas 10 = 121 asas 5
      53 asas 10 = 203 asas 5

      semua jawapan anda betul. Tahniah !! 🙂

  7. Avatar
    Jenefer /

    Tq cikgu,
    Masih dalam proses memahami, sukatan bljar berubah after more than 10 years.

Leave a Reply to Jenefer Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge