Panjang [Length]

Apr 22

Salam semua..

Saya menerima satu soalan. Sekali baca, tersenyum saya dibuatnya.  🙂

CONFIRM !!

Mesti pelajar sekolah rendah yang bertanya pada saya kali ni. Namanya Hai***

Paling tidak pun, Hai*** adalah pelajar Tingkatan 1. Sebab kebanyakan silibus dalam Tingkatan 1 adalah ulangan daripada topik UPSR.

Soalannya adalah:

cikgu macam mana nak tukar km ke m ??

 

Baiklan, sebelum Cikgu beri penerangan lebih lanjut, soalan yang Hai*** tanya adalah bagi tajuk length (panjang). Dalam tajuk Length, formula yang perlu dikuasai adalah seperti dibawah:

Formula Length

Unit disebelah kiri adalah lebih besar daripada unit disebalah kanan.

Contoh:

1 cm = 10 mm

Maka, unit cm lebih besar daripada unit mm.

Jika anda ingin menukar daripada cm kepada mm.

Maka, anda perlu ingat!

Besar kepada Kecil (BK)
Untuk mudah mengingati operasi, BK membawa maksud Baru Kali.

Contoh:

Tukarkan 5 cm dalam unit mm.
cm (besar), mm (kecil)

Maka, ingat BK (Baru Kali)

Persoalannya, nak kali berapa?

Haa…masa inilah anda perlu lihat berapa nombor pada unit kecil (rujuk formula).

1 cm = 10 mm

Bermakna, nombor pada unit kecil adalah 10.

Jadi, 5 cm = 5 x 10 = 50 mm.

Boleh ikut?

 

Kita cuba contoh lain.

Tukarkan 15 m kepada unit cm.

Formula:

1 m = 100 cm

meter(besar), cm (kecil)

BK (Buat Kali)

15 m = 15 x 100 = 1500 cm

 

Bagaimana pula 3000 m kepada unit km?

meter (kecil) dan km (besar)

Maka, guna huruf KB.

Maksud KB adalah Kena Bahagi.

1 km = 1000 m

Nak bahagi berapa? Jawapanya kena bahagi 1000.

Jadi, jalan pengiraan adalah:

3000 ÷ 1000 = 3 km 

 

OK, berbalik kepada soalan Hai***

cikgu macam mana nak tukar km ke m ??

km (besar), meter (kecil)

BK = Baru Kali

Nak kali berapa? Tengok formula.

1 km = 1000 m

Nombor bagi unit terkecil adalah 1000.

Maka, anda perlu kali dengan 1000.

contoh soalan :

8 km = ____ m

8 x 1000 = 8000 m
Bagimana? Boleh faham setakat ni?

Kacang je kan…   🙂

 

 

Daripada

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge