Bagaimana Ingin Menukar Unit?

Aug 16

Salam semua..

Dalam mata pelajaran Matematik, anda mesti pernah melakukan latihan berkaitan dengan pertukaran unit kan? Kalau diingatkan balik, sejak dari sekolah rendah lagi anda diberi pendedahan tentang pertukaran unit.

Contoh yang mudah adalah untuk menukar dari unit meter kepada kilometer.

Seperti yang kita tahu, 1km = 1000 meter. Jadi, kalau 450 meter = ____ km?

Haa…cepat kira !!

Dah dapat jawapannya? Kalau belum, saya nasihatkan anda buka balik buku Matematik sekolah rendah yer..(^_^)

Kepada yang dapat jawapan 0.45 km, TAHNIAH saya ucapkan.

Ok lah…Hari ni Cikgu bukan nak mengajar tentang pertukaran unit, cuma Cikgu nak berkongsi dengan pelajar-pelajar sekalian satu laman web yang berguna untuk kita terutamanya dalam menukar unit yang lebih kompleks. Contohnya sentimeter kepada kilometer, kilometer kepada inci dan macam-macam lagi.

Selain tu, dalam web tersebut anda boleh mengetahui bagaimana untuk menukar unit berkaitan Luas. Dari meter persegi kepada sentimeter persegi dan sebaliknya.

Dibawah ni contoh paparan bagaimana untuk menukar unit di laman web tersebut.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pertukaran unit, anda boleh masuk ke laman web ini yer :


http://www.onlineconversion.com

 

 

Daripada :

8 comments

  1. kalau 100 batu = berapa meter??????????????????????

    • Cikgu /

      eiycawana_aleisyah97…terima kasih kerana bertanya…saya jawab dengan ringkas di bawah yer..

      1 batu = 1.609344 km
      100 batu = 160.9344 km ….. (1)

      1 km = 1000 m
      160.9344 km = 160934.4 m ….. (2)

      buat perbandingan persamaan (1) dan (2)

      Jadi.. 100 batu = 160.9344 km = 160934.4 m ^_^

  2. Boleh sye tanye ?? cikgu sye ckp boleh menggunakan jadual ‘T’ .. jadi bolehkah kita menggunakan jadual ‘T’ sewaktu peperiksaan UPSR ?

  3. rissa adila /

    kalau 0.9km=………m tolong jawabkan cikgu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge