Nombor Perdana

Jun 05

Salam semua..

Hari ni Cikgu ingin berkongsi dengan anda tentang Nombor Perdana(Prime Number). Masih ingat tajuk ni?

Cuba belek-belek semula tajuk dalam Tingkatan 1, Bab 2 (Number Pattern and Sequence). Salah satu subtopik dalam Bab 2 adalah berkaitan dengan Nombor Perdana.

Sebelum tu.. Apa maksud Nombor Perdana?

Nombor Perdana adalah :

  1. nombor positif
  2. lebih besar daripada 1
  3. hanya boleh dibahagi dengan nombor 1
  4. hanya boleh dibahagi dengan nombornya sendiri sahaja.

Sekiranya nombor itu boleh dibahagi dengan nombor lain selain 1 dan nombor sendiri, nombor tersebut bukan nombor perdana.

Contohnya nombor 4.

  • nombor 4 adalah positif – MEMENUHI SYARAT
  • nombor lebih besar daripada 1 - MEMENUHI SYARAT
  • nombor 4 boleh dibahagi dengan 1 = 4/1 = 4 – MEMENUHI SYARAT
  • nombor 4 boleh dibahagi dengan nombor sendiri (4) = 4/4 = 1- MEMENUHI SYARAT
  • TAPI.. nombor 4 boleh dibahagi dengan 2 – OWH..TIDAK MEMENUHI SYARAT

Jadi, dengan kata lain, nombor 4 bukanlah nombor perdana.

Hanya nombor 2 sahaja satu-satunya nombor genap yang dinamakan Nombor Perdana. (ingat tau !)

Sebagai info tambahan, terdapat 25 nombor perdana dari nombor 1 hingga 100. Nombor-nombor tersebut adalah :

2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23, 29, 31, 37, 41, 43, 47, 53, 59, 61, 67, 71, 73, 79, 83, 89 dan 97

Akhir sekali, anda mesti pernah dengar Lagu Gadis Melayu yang telah dipopularkan Jamal Abdillah kan?

Apa kata anda cuba lirik dibawah ini dengan irama Lagu Gadis Melayu.. Selamat Mencuba !!

 

 

Daripada :

43 comments

  1. Izzat Qayyum /

    cikgu!!! Terbaik….tlg email semua formula di email sya…

  2. Faris /

    Cikgu yg ribu ade x??

  3. nombor perdana yg sampai seribu

  4. Ogeeothen Varatharajan /

    terima kasih cikgu saya dapat mempelajari nombor perdana dengan begitu mudah sekali… tq

  5. cikgu nombor dinominetor macam mane??

  6. cikgu.TQ.. bru sye phm, hari tu tak phm :)

    • Cikgu /

      alhamdulillah…semoga ianya bermanfaat untuk anda yer… ^_^

  7. cikgu,senang saya belajar ngan cikgu,,,,……^_^
    best cikgu punya tip….:)
    saya gembira dapat belajr ngan cikgu…..:)

  8. Terima kasih cikgu!! Saya Ting. 1 tahun ini, dan sungguh saya pening dengan penerangan cikgu di sekolah. Terima kasih cikgu kerana memfahamkan saya tentang topik ini. :) ^^
    Siti Aisyah recently posted..Freebies : Gambar cantikMy Profile

    • Sama-sama..semoga blog Iluvmaths.com ini bermanfaaat untuk anda.

      Jangan lupa ajak kawan2 masuk blog ini yer.. ^__^

  9. Uii… Phm2 bru phm… Thanksz cigo kini saya phm…l yesss

  10. fatin /

    kenapa nombor 1 bukan nombor perdana sedangkan ia boleh dibahagikan dengan nombor 1 dan nombornya sendiri??

    • yup..betul tu..

      tapi kena ingat, nombor perdana mesti lebih daripada 1..

      yang kedua, katakan saya ambil contoh 5 sebab 5 adalah nombor perdana.

      5/1 = 5

      5/5 = 1

      daripada pengiraan diatas, ada berapa jawapan yang anda dapat? 2 kan? iaitu 5 dan 1.

      dengan kata lain, nombor perdana akan memberi 2 jawapan.

      cuba anda guna nombor 1.

      1/1 = 1

      1/1 = 1

      ada beza tak dengan 5 tadi? ada kan?

      dengan menggunakan nombor 1, anda hanya dapat 1 jawapan sahaja iaitu 1. That’s why 1 is not a prime number.

      adakah anda jelas dengan penjelasan saya? :)

  11. fatin /

    kenapa nombor 2 dianggap nombor genap tunggal yang menjadi nombor perdana??

    • ok…kita listkan dahulu nombor genap.

      2,4,6,8,10, …

      2/2 = 1
      2/1 = 2

      jadi, 2 adalah nombor perdana.

      kenapa 4,6,8,10, … bukan nombor perdana?

      kerana mereka bukan sahaja boleh dibahagi dengan nombor sendiri dan nombor 1, malahan mereka MESTI boleh dibahagi dengan 2. Sebab mereka adalah gandaan 2.

      4/2 = 2
      6/2 = 3
      8/2 = 4
      10/2 = 5

      Syarat utama yang anda perlu pegang adalah apabila nombor tersebut BOLEH DIBAHAGI DENGAN NOMBOR LAIN selain nombor 1 dan nombor sendiri, nombor tersebut BUKAN nombor perdana..

      ^__^
      Cikgu recently posted..Asas Nombor [V2] – Tukar BasesMy Profile

  12. Cikgu saya nak tanya 87 tu n.perdana ke???????

    • Bukan…87 bukan nombor perdana. Sebab 87 boleh dibahagi dengan 3..

      Nombor perdana tak boleh bahagi nombor lain, dia hanya boleh bahagi dengan nombor 1 dan nombor sendiri sahaja… ^__^

  13. Rabiatul Adawiyah /

    senaraikan semua nombor perdana daripada 100 hingga lebih kurang 200 .

    • boleh…nombor perdana daripada 100 hingga 200 adalah :

      101, 103, 107, 109, 113, 127, 131, 137, 139, 149, 151, 157, 163, 167, 173, 179, 181, 191, 193, 197, dan 199

  14. nur batrisyia /

    cikgu ape mksd boleh dikali kn dngn diri sndri?dan jugk no satu?
    Sy masih x fhm sbnrnya

    • bukan dikali..tapi dibahagi.

      maksudnya macam nie.

      kalau nombor tersebut adalah nombor 3.

      maka dia boleh dibahagi dengan 3 dan 1.

      3 bahagi 3 = 1
      3 bahagi 1 = 3

      dan YANG PALING PENTING, 3 tak boleh nak bahagi dengan nombor lain.

      kalau nombor tu BOLEH dibahagi dengan nombor lain, maka nombor tersebut BUKAN nombor perdana.

      contoh :

      nombor 4.

      4 bahagi 4 = 1
      4 bahagi 1 = 4

      TETAPI..4 boleh bahagi 2..so, 4 bukan nombor perdana..

      boleh faham? :)
      Cikgu recently posted..Video Learning [Form 4]My Profile

  15. noramira shahira /

    cikgu selain daripada nombor perdana boleh saya nak bincang tentang faktor perdana boleh tak

  16. Cikgu….kenapa nombor 1 x boleh jdi nombor perdana?

    • Salam Suri..

      Sebelum ini saya pernah jelaskan kenapa 1 bukan nombor perdada..jadi saya ulang balik di sini yer..

      nombor perdana mesti lebih daripada 1..
      katakan saya ambil contoh 5 sebab 5 adalah nombor perdana.
      5/1 = 5
      5/5 = 1
      daripada pengiraan diatas, ada berapa jawapan yang anda dapat? 2 kan? iaitu 5 dan 1.
      dengan kata lain, nombor perdana akan memberi 2 jawapan.

      cuba anda guna nombor 1.
      1/1 = 1
      1/1 = 1
      ada beza tak dengan 5 tadi? ada kan?
      dengan menggunakan nombor 1, anda hanya dapat 1 jawapan sahaja iaitu 1. That’s why 1 is not a prime number.

      adakah anda jelas dengan penjelasan saya? :)
      Cikgu recently posted..Faktor PerdanaMy Profile

  17. cikgu boleh x senarakan no pedana sampai 100

    • Ini senarai nombor perdana sehingga 100.

      2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23, 29, 31, 37, 41, 43, 47, 53, 59, 61, 67, 71, 73, 79, 83, 89, 97
      Cikgu recently posted..Faktor PerdanaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge